“You know my name, not my…..” – Syura Badron Bagi Amaran Kepada…

PETALING JAYA – Penyanyi Syura Badron meminta orang ramai terutama pengikutnya untuk tidak terus-menerus mengh4kimi dirinya.

“Anda tahu nama saya, tapi bukan kisah saya. Anda pernah mendengar dan lihat apa yang saya lakukan, tapi tak pernah tahu apa yang saya lalui.

“Kalau anda berada di tempat saya, pasti awal-awal lagi anda akan kecvndang. Jadi, tolong berhenti mengh4kimi saya,” tulisnya dalam Insta Story.

Terdahulu, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron terpalit apabila dia bersama empat individu lain iaitu penyanyi, Lan Solo, isteri Lan iaitu Sheila, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin dikatakan menyebut nama penyanyi, Siti Nordiana ketika perbualan secara langsung dalam Instagram.

Dalam perbualan itu, Shiela meluahkan rasa terkil4n apabila suaminya, Lan dikatakan menumpang populariti Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana.

Sheila turut memaklumkan dia dan suami tidak lagi mengikuti pelantun lagu Terus Mencintai itu dalam Instagram.

Bahkan Sheila berkata, tindakan itu dibuat kerana terkejut apabila Siti Nordiana mend4kwa Lan mahu menumpang populariti dan tidak membayar duit makanan sekiranya mereka keluar bersama.

Malah, sesi siaran langsung itu juga menjadi medan kelima-lima mereka meluahkan apa yang terbuku dalam hati mereka selama ini terhadap Nana termasuk rasa terkil4n Syura apabila mend4kwa sesetengah pihak produksi enggan menawarkan pekerjaan kepadanya berpunca daripada ‘mulut’ Nana.

Rentetan daripada itu, Nana pada Jumaat lalu bertindak membuat laporan p0lis bersama peguam, Abang Azlan dari Abang Azlan & Associates di Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Cheras terhadap lima individu terbabit yang did4kwa memfitn4hnya menerusi sesi siaran langsung itu.

Terbaharu, Nana tetap dengan keputusan untuk meneruskan saman terhadap lima individu tersebut selepas tiada sebarang permohonan maaf daripada mereka setelah tempoh masa dua hari diberikan.

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *