(Video) “Thank you Hup Wei…” Wartawan Men4ngis Ketika Temubual Atlet Lompat Tinggi, Buat Netizan Seb4k.

PETALING JAYA – Sesi temubual wartawan Astro Arena, Bazly Azmi dan jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei mervntun hati penonton kerana kedua-duanya dilihat men4ngis selepas atlet tersebut g4gal melepasi pusingan kelayakan di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, hari ini.

Sebelum itu, Hup Wei dalam nada sebak berulang kali memohon maaf dan mengakui kesil4pannya yang g4gal melepasi ketinggian 2.17 meter pada peringkat saringan tersebut.

Bazly ketika berpusing menghadap kamera dilihat tidak dapat mengawal em0si dengan nada tersek4t-sek4t menyelesaikan tugasan tersebut.

Foto: K! ONLINE

Menurut Bazly, 15 tahun mengenali Hup Wei akhirnya beliau menyatakan hasrat untuk berundur dari Sukan Olimpik.

“Terharu lihat Bazly bila menemuramah atlet lompat tinggi tadi. Perasaan hib4 pasti terasa. Tahniah Bazly kerana keprihatinan anda dalam dunia sukan kita,” komen Hadi Zul di laman Facebook wartawan berkenaan.

“Tidak sukar mendalami perasaan Bazly. Setelah beberapa siri cabaran yang Hup Wei hadapi termasuk pernah positif Cov1d-19 dan kelayakan beliau ke Sukan Olimpik secara merit juga satu pencapaian membanggakan,” ujar pengendali Laman Facebook Retro Bola Sepak.

“Tiga kali masuk Olimpik dan untuk Olimpik Paris nanti dia tidak mahu dah katanya tadi. Terus Bazly Azmi jadi seb4k,” komen Zuhaimi Hashim.

“Betul. Layak pulak dengan merit. Bukan pergi makan angin. Sekurang-kurangnya dia memberi yang terbaik.

Terdahulu, Hup Wei turut dilaporkan mengalami kec3deraan buku lali sebelum memulakan aksi pada hari ini.

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *