(Video) Nampak Makcik Ni Keletihan Sangat, Bila Ditanya Rupanya Dh 3 Tahun Tak Balik Indonesia.

“Saya beritahu makcik tu yang saya akan datang semula selepas ambil duit, tetapi dia tanpa ragu-ragu minta saya ambil dahulu petai tu dan beri wang kemudian”

Disebalik usaha dan niat untuk bantu peniaga-peniaga kecil, pengusaha produk ‘Shalicious’ itu temui ‘kisah’ di sebalik kedai petai tepi jalan semasa dalam perjalanannya ke pejabat.

Difahamkan, semasa Sha sedang memilih petai itu dia sempat berbual dengan makcik itu dan bertanya akan keuntungan seharian jualan petai dan ia hanyalah RM 30.

Tanpa berlengah, dia bergegas pulang ke rumah dan mengambil wang untuk membayar petai yang dipilihnya itu. Apa yang menyebabkan Sha berasa sebak ialah apabila ungkapan ‘saya hanya orang indonesia’ keluar daripada mulut makcik itu apabila terkejut melihat jumlah bayaran yang diterimanya melebihi sepatutnya.

Makcik itu juga turut menyatakan bahawa dia sebenarnya sedang mengumpul wang untuk pulang ke Indonesia kerana sudah 3 tahun hidup bersendirian di Malaysia.

“Saya nampak wanita itu sangat terharu, gembira dan sebak, mungkin dia belum pernah terima wang sebanyak itu. Dia tak berhenti tersenyum dan melambai semasa saya nak pulang walaupun saya dah jauh.”

Sha juga turut berkongsi rakaman ini di akaun TikToknya dan secara tidak sengaja menjadi tular di negara Indonesia.

“Kebetulan, syarikat saya sedang mengadakan kempen kongsi rezeki sempena ulang tahun syarikat yang ke-6. Sebab itu video itu dirakam. Tak berniat nak buat ia jadi tular.”

Menurut Sha, dia akan terus membantu peniaga kecil dengan membeli dan promosikan selagi berkemampuan dikala situasi yang sukar kini.

“Selepas hujan pasti akan ada pelangi. Bagi mereka yang berkemampuan, berbagi dan sebarkanlah kebahagiaan kepada orang lain. Mungkin hari ini hari mereka, suatu hari nanti hari kita pula,” katanya kepada mStar.

Summber: mStar, Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *