(Video) Kec0h Fenomena Langit Terbel4h Dikatakan Petanda Musib4h. Ini Penjelasannya..

JAKARTA -Satu fenomena mirip langit terbel4h di Pacitan, Jawa Timur menjadi tul4r di media sosial baru-baru ini, lapor laman Suara.com kelmarin.

Ketua Bidang Mitigasi Gemp4 Bvmi dan Tsun4mi Badan Metereologi dan Geofizik (BMKG), Daryono berkata terdapat dua kemungkinan yang menyebabkan fenomena itu berlaku.

Fenomena langit itu merupakan perkara biasa dan bukan petanda akan berlaku benc4na besar. -YouTube. Foto – KOSMO

“Terdapat awan unik berbentuk lurus di Pacitan dalam sebuah video YouTube dan terdapat dua sebab yang memungkinkan perkara itu terjadi,” katanya.

Pertama, ia merupakan fenomena awan gulung dan pernah berlaku di beberapa kawasan.

Awan gulung berlaku apabila ada pertemuan antara udara dan kelembapan wap air yang berbeza dan dipengaruhi oleh tiupan angin yang terbentuk di bahagian garisan hadapan jisim udara dengan kandungan wap air yang berbeza.

Kemungkinan kedua pula ialah apabila awan itu terbentuk akibat jet udara yang kebiasaannya mempunyai diameter yang kecil dan garisan awan menjadi lebih jelas berbanding warna langit .

Ia lazimnya berlaku untuk tempoh yang singkat dan hilang dalam tempoh satu minit serta mempunyai bentuk seperti awan sirus.

“Yang pasti, awan itu merupakan satu fenomena biasa dan bukannya petanda akan terjadi musib4h seperti benc4na besar,” jelasnya. -Agensi

Sumber: KOSMO, Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *