(Video) Dikatakan Kolam Pling Dlm Di Dunia, Rupanya Ada ‘Sesuatu’ Di Bwh, Keadaannya Di Luar Jangkaan..

Sebuah kolam renang terdalam di dunia yang menyimpan lebih dari 3.7 juta gelen air yang bersamaan 6 kolam renang saiz Olimpik dibuka mulai Julai oleh Deep Dive Dubai.

Kolam yang sedalam 196 kaki dan 10 inci (60, 02 meter) itu disahkan oleh Guinness World Records sebagai kolam terdalam di dunia mengalahkan Deep Spot di Poland (50 kaki).

Pengunjung boleh mengunjungi dan menerokai dunia bawah laut (Sunken City Deep Dive Dubai) yang mempunyai apartmen terbengkalai yang dihiasi dengan ruang tamu, bilik tidur, tandas dan garaj. Terdapat juga catur bawah air, ‘foosball’ dan sebagainya.

Kolam ini juga dilengkapi dengan 56 kamera di setiap sudut bagi mereka yang mencari gambar perjalanan yang unik. Pencahayaan suasana dan sistem suara yang tersedia menyebabkan pelancong dapat menyelami sepenuhnya alam bawah laut.

“Air kolam itu disaring dan diedarkan setiap enam jam melalui gunung berapi silikon, teknologi penapisan NASA dan radiasi UV dalam salah satu daripada sistem penapisan paling besar dan paling pantas di kawasan itu” Deep Dive Dubai.

Menurutnya, air disimpan pada suhu 86 darjah, jadi penyelam tidak perlu memakai pakaian selam yang tebal untuk menjelajahi kota itu. Manakala kursus menyelam bebas dan selam skuba akan diajar oleh penyelam profesional taraf antarabangsa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fazza (@faz3)


Sumber : SiakapKeli, Fox32

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *