(Video) Detik2 Kemenangan Liek Hou, Berjaya Julang Emas Tumb4ngkan Jaguh No.1 Dunia.

SATU lagi sejarah tercipta di bumi Tokyo apabila pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou menjelmakan pingat emas dengan menumb4ngkan pemain ranking No.1 dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi di Gimnasium Nasional Yoyogi sebentar tadi.

Lebih membanggakan, Liek Hou yang membuat penampilan pertama pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 berjaya mengatasi jaguh Indonesia itu dengan kemenangan straight-set 21-17, 21-15 dalam aksi final badminton lelaki kategori SU5.

https://youtu.be/mSCJTINYysA

Liek Hou yang merupakan juara dunia enam kali dilihat mengekalkan momentum terbaik meskipun Anrimusthi cuba mengheret perlawanan tersebut ke rubber set, bagaimanapun hasrat lawan itu tidak kesampaian.

Kemenangan tersebut merupakan emas kedua buat kontinjen Malaysia apabila atlet angkat berat negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas sulung selepas menang sukan powerlifting dalam kelas 72 kilogram (kg).

Sumber: K! ONLINE, Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *