‘Suami 0KU, anak2 msih kcil…’- 7 Beranak Berhimpit Dlm Kereta, Tak Mmpu Cri Rmh Sewa..

LARUT- Mohd Hazrul Haris, 43 yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori tidak lagi bekerja sejak dua tahun yang lalu berikutan kecac4tan fizikal dan ment4l yang dialaminya.

Dia dan isterinya, Saliza Samat, 38 yang terpaksa menjalani kehidupan ‘nomad’ bersama lima orang anaknya dengan bermalam dan berhimpit dalam sebuah kereta Proton Wira.

Saliza, suami dan anak mereka yang berusia 2 tahun hingga 15 tahun dalam ‘rumah kereta’.

Mereka dipercayai sudah 3 hari jalani kehidupan sebegitu. Menurut Saliza, semuanya bermula apabila mereka yang dahulunya menetap di Kuala Selangor, Selangor nekad berhijrah ke Ulu Mengkuang iaitu kampung halaman suaminya sejak setahun lalu.

“Namun kami kemudiannya keluar daripada rumah keluarga pada Khamis lalu demi kebaikan semua. Kami 7 beranak bermalam dalam kereta dan menjadikan sungai serta stesen minyak sebagai tempat untuk mandi, solat dan sebagainya.”

“Kami sediih mengenangkan nasib ini yang turut dilalui anak-anak, syukur kerana mereka memahami.”

Keluarga ini tidak mampu mencari rumah sewa kerana ketiadaan wang namun mereka bersyukur kerana ada pihak yang prihatin dan menghulurkan b4ntuan dengan menyediakan tempat berteduh sementara sehingga hari ini.

Muhammad Arafat Varisai Mahamad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta berkata pihaknya menghulurkan bantuan dengan membenarkan keluarga ini berteduh sementara di Pejabat PKR Selama dan turut mendapatkan rumah sewa dengan bayaran RM 500 per bulan.

Pihaknya turut membiayai sewa rumah selama 3 bulan. Dalam masa yang sama, keperluan rumah dan dapur juga turut disalurkan.

Sumber: HMetro.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *