“Tiada siapa yg tahu..” (Video) Jerung L4sak Dgn Kesan P4rut Di Seluruh Bdn, Punca Sbenar Msih Kekal M1steri.

Seekor jerung putih  diumumkan sebagai jerung paling kent4l kerana mempunyai banyak kes4n p4rut akibat gig1tan dan pertempuran selepas bertahun-tahun melawan makhluk laut yang lain, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pem4ngsa gerg4si itu dirakam berenang berhampiran Kepulauan Neptune di Australia Selatan. Kawasan itu dianggap sebagai ‘rumah’ kepada kira-kira 1,000 ekor jerung putih.

Ahli sinematografi bawah air, Dean Spraakman yang mengendalikan rakaman luar biasa itu semasa pengembaraannya pada Januari lalu berkata, jerung putih jantan berukuran 3.35 meter itu ‘sangat peramah’.

Dia turut mend4kwa bahawa pasukannya tidak dapat mengenal pasti apa yang menyebabkan p4rut yang t3ruk pada badan jerung tersebut kerana tiada sesiapa pun pernah terserempak dengan jerung yang c3dera sebegitu t3ruk sebelum ini.

Gambar: Sea Dragon via Mirror

Dean berkata, mereka pada mulanya menyangka p4rut itu terjadi mungkin disebabkan oleh kipas bot atau berkemungkinan j3rung itu terper4ngkap dalam kandang tuna di kawasan itu, tetapi mereka segera menol4k kedua-dua teori itu.

Dia memberitahu akhbar The Sun: “Kadang-kadang kami melihat jerung putih menjejaki pari untuk membvru dan memakannya dan menyangka mereka mengej4rnya ke kawasan terumbu cetek yang agak t4jam dan mungkin ters4ngkut dan menyebabkan kesan t3ruk seperti itu,’’ katanya.

Gambar: Sea Dragon via Mirror

“Kamu hanya boleh membuat sp3kulasi tentang apa yang berlaku di sana dan sejujurnya tiada siapa yang tahu apa yang menyebabkan kesan p4rut seperti itu pada jerung tetapi haiwan ters4kiti itu tentu mengalami kesuk4ran,’’ tambahnya.

Dalam pada itu, pengembara National Geografik, Profesor  Yannis Papastamatiou berkata, beberapa kesan itu mungkin terjadi disebabkan perg4duhan dengan jerung lain.

“Jerung betina sering mempunyai p4rut kerana meng4wan, tetapi jerung jantan juga boleh digigit semasa interaksi dengan jerung yang lebih besar yang mahu mendominasi jerung yang lebih kecil,’’ katanya kepada akhbar The Sun. – Agensi

Sumber: Kosmo, SiakapKeli, Youtube, Mirror

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *