(Video) “Tiada orng nk ambik berlakon ke?” Adik Ini Men4ngis Tengok Gambar Ibu Sbb Rindu..

Potret atau gambar insan tersayang semestinya dijadikan sebagai kenang-kenangan. Ia boleh dijadikan sebagai pengubat rindu dikala berjauhan, ada yang mengalirkan air mata dan ada juga yang mengukirkan senyuman.

Begitulah yang dihadapi oleh seorang budak perempuan apabila men4ngis sambil memegang bingkai gambar ibu bapanya. Apabila ditanya, ‘rindu’ katanya.

Video yang dikongsi @emiliaemeleen ini berjaya mencuit hati warganet. Manakan tidak, yang bertanya itu adalah sang ibu.

“Aku yang berada dihadapan pun rindu..”

Pada mulanya si ibu bertanya “kenapa” apabila anaknya itu menangis. Lantas anaknya menunjukkan ‘frame’ gambar sambil men4ngis sampil berkata ‘rindu’.

Apabila si anak menyatakan rasa rindu, sang ibu yang tidak menyangka akan jawapan itu kedengaran terkejut dan kemudiannya disusuli dengan gelak tawanya.

Tidak dilupakan juga dengan kapsyen yang disertakan, “Tiada orng nk ambik berlakon ke? Momi & papa ad je depan mata, tiba2 drama rindu momi..”.

“Hahaha depan mata pon drama..”-Netizen

“Skali dgr suara mummy ckp…”

“comel je dia nang1s..”

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber: HCL, TikTok Emiliaemeleen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *