“Terkenal tapi jika berlakon mcm ‘t4hi’ pun org tidak akan suka.,” – Rosyam Nor

PETALING JAYA – “Berlakon jangan kerana popular tetapi biarlah kerana minat.”

Itu nasihat pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor mengenai kehadiran para pelakon baharu yang terdiri daripada pempengaruh media sosial (instafamous) dalam industri seni hari ini.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor bin Shamsuddin, 54, mengakui tidak mempunyai mas4lah untuk bekerjasama dengan mana-mana instafamous dalam drama mahupun filem terbitannya namun minat dan bakat perlulah seiring.

“Zaman saya zaman majalah dan surat khabar. Sekarang ini zaman internet. Mereka dikenali sebagai sebagai instafamous yang popular.

“Sebelum masuk dalam industri, mereka perlu lihat semula niat untuk berlakon, adakah kerana minat atau ingin mengejar populariti semata-mata?

“Itulah sebabnya kejujuran itu penting. Saya okey jika dapat bekerjasama tetapi untuk beri watak utama, susah sikit kerana mereka tiada pengalaman,” katanya pada sidang akbar virtual drama Cik Ayu Mee Sanggul semalam.

Ulasnya lagi, sebagai penerbit drama, dia mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan para pelakonnya memberikan yang terbaik dalam setiap naskhah terbitannya.

Foto: KOSMO

“Saya perlu menjaga mereka semua. Jika benar mereka memang minat berlakon, mereka juga perlu bermula daripada bawah seperti orang lain.

“Senang cerita, walaupun terkenal tetapi jika berlakon macam ‘t4hi’ pun orang tidak akan suka,” katanya lagi.

Tambah Rosyam, dia juga mengajar para pelakonnya supaya memberi hasil kerja yang mampu meninggalkan impak besar kepada para penonton.

“Ramai yang popular tetapi mereka hanya disemat dalam fikiran. Satu hari nanti jika mereka tiada, orang tidak akan rindu.

“Saya mahu pelakon saya disemat dalam hati peminat, barulah dapat pergi jauh dan terus diingati,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, pemilik syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. itu sangat mengalu-alukan kehadiran instafamous untuk mewarnai lagi industri seni tanah air.

“Saya menyambut baik kehadiran mereka tetapi untuk menjadi seorang pelakon yang bagus, mereka haruslah bersiap sedia. Jangan ambil kesempatan dengan peluang yang ada.

“Janganlah jadi seseorang yang memberi m4salah ketika berada di set pengambaran. Bila diberi tugas, g4gal untuk lakukan dengan baik,” katanya lagi.

Selain bertindak selaku penerbit, Rosyam kini muncul dalam sebuah drama terbaharu, Cik Ayu Mee Sanggul bersama Amelia Henderson dan Aqasha arahan Idora Abd. Rahman siaran menerusi Astro Ria.

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *