“Terkejut juga dia ckp mcm tu..” (Video) Nabila Nak ‘Tapis’ Calon Ibu Tiri Jebat, Skali Sharnaaz Sendiri Yg Beri Respon.

Sempena ulang tahun kelahiran anak baru-baru ini, pelakon, Sharnaaz Ahmad ada menitipkan ucapan istimewa buat Jebat Jayden Ahmad. Namun, apa yang menarik perhatian adalah komen yang ditinggalkan bekas isteri memuji sifat kebapaan yang ditonjolkan Sharnaaz.

Di bahagian komen itu, Noor Nabila secara berseloroh memohon mana-mana wanita yang memasang niat untuk menjadi ibu tiri kepada Jebat agar ‘melaluinya’ untuk tapisan.

Terbaru, Sharnaaz Ahmad menerusi temu bual bersama wartawan Melodi memberi respon kepada gur4uan tersebut. Jelas Sharnaaz, dia sendiri terkejut namun bersetuju sebagai seorang ibu Nabila mestilah mahu yang terbaik untuk anak tunggalnya itu.

sharnaaz

Saya pun tak tahu, terkeejut juga dia cakap macam tu. Tapi betul la juga apa dia cakap.. dia ibu kandung Jebat jadi kena tengok la mak tiri.

Berbeza dengan pemilihan bapa tiri, pelakon ini berpendapat Nabila berhak melihat siapa yang bakal menjaga anaknya itu.

Menjawab status hubungan dengan anggota kumpulan De Fam Azira Shafinaz, Sharnaaz memaklumkan mereka berdua hanyalah sekadar kawan biasa namun mengakui Azira mempunyai ciri-ciri wanita yang diinginkannya.

Apa pun, Jebat kena approve dulu.. dia boleh panggil mummy, okey jalan.

Jelas pelakon kelahiran Pulau Pinang ini, dia menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT. Apa yang pasti Azira sememangnya seorang wanita yang baik.

Kredit: Melodi

Sumber: OhMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *