Terb0ngkar Identiti Sebenar Lelaki Yg Solat Tengah Jalan. Rupanya Dari H0spital Ini.

Polis mengesahkan lelaki yang sebelum ini tul4r selepas dirakam menunaikan sol4t di tengah Jalan Ipoh di sini semalam sebagai seorang pesak1t ment4l.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa4n Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, anggota JSPT yang sedang melakukan rondaan telah dimaklumkan tentang kejadian kira-kira pukul 3.35 petang dan segera bergegas ke lokasi.

“Anggota berkenaan kemudiannya mendapati terdapat seorang lelaki sedang berdiri di tengah jalan sambil melaungkan azan dan bersol4t yang kemudiannya dipujuk lalu dibawa ke sebuah stesen minyak berdekatan untuk menenangkannya.

“Pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an dan dia juga memakai gelang putih yang menyerupai gelang hospit4l,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sarifudin berkata, semakan lanjut yang dilakukan mendapati, lelaki tersebut merupakan pesak1t psiki4tri di Hospit4l Selayang yang telah melarikan diri dari wad.

“Pihak Hospit4l Selayang yang dihubungi kemudiannya telah menghantar ambulans ke lokasi dan membawa lelaki tersebut ke hospit4l untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” ujar beliau.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan seorang anggota polis trafik dirakam sedang mengawasi lalu lintas sambil seorang lelaki dilihat sedang menunaikan sol4t di tengah jalan raya.

Kejadian yang dirakam oleh kamera papan pemuka pengguna jalan raya itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang memuji tindakan anggota polis berkenaan membiarkan lelaki tersebut selesai sol4t terlebih dahulu sebelum mengalihkannya.

Sumber : Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *