“Tak sangka org alim, warak buat mcm ni..” – Pemilik Restoran K3cewa Dgn Sik4p Pelanggan Yg Tul4rkan Isu Hrga Ikan Siakap.

Baru-baru ini, tul4r sebuah kejadian di media sosial apabila sekumpulan pelancong tid4k berpu4s hati dengan harga ikan siakap yang did4kwa mencecah RM1,196.80 di sebuah restoran terapung di Langkawi.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, sal4h seorang daripada pelanggan itu juga menyatakan terp4ksa membayar harga keseluruhan sebanyak RM1,852.50 termasuk harga ikan tersebut.

Bagaimanapun, pemilik restoran terapung itu tampil menyatakan bahawa pelanggan tersebut yang memilih ikan itu walaupun sudah diberitahu saiz ikan tersebut adalah besar.

Dia juga turut menyuruh mereka melihat sendiri ikan tersebut, namun mereka engg4n. Pemilik restoran itu juga men4fikan telah mengenakan cas tambahan kepada mereka.

Pemilik Restoran k3cewa dengan sikap pelanggan

Berhubung dengan kejadian itu, pemilik restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa turut menzahirkan rasa kec3wa dengan tindakan mereka yang menul4rkan harga ikan siakap tersebut.

Menurutnya, dia seakan-akan tidak percaya pelanggan yang berwatakan alim dan warak itu sanggup berbuat sedemikian walaupun mereka sendiri yang bersetuju untuk membayar dengan harga tersebut.

Saya betul-betul tak sangka orang yang berperwatakan alim dan warak sanggup buat kerja seperti ini, sedangkan dia sendiri yang pilih ikan segar dalam sangkar untuk dim4sak.

Tambahnya lagi, dia mengakui telah berulang kali menyatakan ikan yang dipilih itu adalah besar sambil dirinya menunjukkan anggaran saiznya dengan tangan.

Selain itu, dia juga turut men4fikan tvduhan yang menyatakan mereka mem4ksa pelanggan untuk memilih ikan bersaiz besar bagi memperoleh keuntungan.

Malah, ketika mengambil pesanan kami akan beritahu berat ikan dikira dalam sukatan gram dan setiap menu lengkap tertera harga dengan jelas.

Pelanggan tidak bertemu dengannya, setuju bayar harga ikan tersebut

Norasyikin turut berkata, mereka yang terdiri daripada sembilan orang itu telah bersetuju membayar tersebut dan langsung tidak berjumpa dengannya mengenai harga yang dikenakan.

Ketika melangkah meningg4lkan restoran mereka juga tidak cakap apa-apa mengenai bayaran yang pihak kami kenakan ke atas ikan siakap yang dimasak menu tiga rasa dan stim limau itu.

Jelasnya, ikan yang dipilih mereka adalah seberat 7.48 kilogram dan pada asalnya dipelihara untuk menjadi tontonan sebagai tarikan pengunjung restoran itu.

Sementara itu, Menurut Harian Metro, pegawai dari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut kelihatan di restoran tersebut hari ini

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid berkata, pihaknya sedang melakukan si4satan serta mengumpul maklumat tentang kej4dian itu daripada kedua belah pihak.

Tambahnya, maklumat sudah pun diperoleh daripada pelanggan serta pemilik restoran dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi memberikan keadilan kepada mereka.

Kredit: Harian Metro I Kosmo!

Sumber: OhMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *