“Tak perlu heboh, niat kerana Allah bkn nama..” -Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Pengalaman Di Bumi Gaza

Dr Sheikh Muszaphar, angkasawan negara turut berkongsi akan pengalamannya yang pernah masuk ke Gaza sebanyak 2 kali dalam menyempurnakan misi kemanusiaan menerusi akaun instagramnya.

“Sekadar berkongsi.”-Dr Sheikh Muszaphar

Menurut beliau, selama tempoh perkhidmatannya di sebuah hospital di Palestine itu, beliau berjaya mendengar pelbagai luahan masyarakat di sana iaitu ‘terlalu ramai orang memberikan al4san untuk masuk ke Palestine’.

“Ramai orang mempunyai pelbagai al4san untuk masuk ke Palestine. Saya pernah ke Gaza sebanyak 2 kali atas dasar misi kemanusiaan dan bantuan perubatan selama sebulan ketika per4ng sedang berlaku. Saya bekerja di Hospital Syifa dan menetap dengan masyarakat di sana serta tidak henti mendengar d3rita dan luahan mereka. Saya sangat memahami mereka.”

Jelasnya, masyarakat di sana dipercayai mahukan bantuan sahaja seperti bantuan perubatan dan makanan melalui NGO yang sedia ada dan bukanlah kemasukan mana-mana individu ke sana. Tambahan lagi, terlalu banyak lori dan bas yang masih menunggu di sempadan untuk masuk ke Palestine.

Palestine Tempat Keramat

Di akhir postingnya, beliau menasihati umum agar apabila melakukan sesuatu, buatlah kerana Allah dan bukan kerana nama dan kemasyhuran.

“Palestine tempat keramat, hanya Allah yang dapat membenarkan seseorang individu untuk masuk ke situ.”

“Buat dengan ikhlas dan senyap, tak perlu heboh, InsyaAllah Allah permudahkan..”

“Cara terbaik yang kita boleh buat adalah memberi sumbangan menerusi NGO dan berdoa ketika solat.”


Sumber: OB, DrSheikhMuszaphar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *