“Tak percaya v4ksin jgn sampai sus4hkan org lain..” Beto Kusyairy, S0und Pelakon, Kru Tol4k V4ksin.

Demi menjaga keselamatan diri dan keluarga, pelakon Beto Kusyairy menyatakan pendiriannya engg4n bekerja dengan mana-mana produksi yang mengambil pelakon dan kru yang tidak div4ksin.

“Saya secara peribadi tidak akan terlibat dengan produksi yang mengambil pelakon dan kru yang tidak mahu mengambil v4ksin.

“Sebab saya fikirkan keluarga saya yang ada budak kecil dan orang tua di rumah. Bagi saya lebih baik mencegah daripada mengubati. Itu yang saya cuba lakukan selagi mampu,” ujar Beto yang ditemubual secara virtual pada sidang akhbar drama Penghulu Interim sebentar tadi.

Dalam pada itu, Beto atau nama sebenarnya, Nurkusyairy Zakuan Osman turut menyel4r tindakan pelakon dan kru yang tidak lengkap v4ksinasi tetapi bekerja di set penggambaran seperti biasa sebagai penting diri.

“Saya tahu v4ksin adalah hak individu, kita tidak boleh mem4ksa kerana itu pemahaman dan pendirian masing-masing. Namun, apabila melibatkan kerja secara berkumpulan, saya rasa tidak patut ada sikap penting diri.

“Jika tidak percaya v4ksin janganlah sampai menyus4hkan orang lain. Walaupun sudah lengkap v4ksin, kita masih boleh menjadi pembawa dan melibatkan orang lain puncanya daripada seorang yang mem3ntingkan diri itu. Bagi saya perkara sebegitu tidak adil,” luah Beto.

Beto berkata demikian selepas diminta menggulas berkenaan isu yang dibangkitkan pelakon senior, Fauziah Nawi tentang sebuah produksi yang mel4nggar prosedur operasi standard (SOP) dengan mengambil pelakon tidak lengkap v4ksinasi.

BETO dan Nadiya menyelar tindakan pelakon dan kru yang tidak lengkap vaksinasi tetapi bekerja di set penggambaran seperti biasa sebagai penting diri. Foto – K! ONLINE

Terdahulu, pada Selasa lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan penggiat industri kreatif di negeri yang berada di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenar untuk mula bekerja pada 9 September ini dengan syarat harus lengkap dua dos v4ksin.

Memegang pendirian yang sama, aktres Nadiya Nissa menyatakan individu yang tidak mahu mengambil v4ksin, tetapi mahu bekerja di set penggambaran sebenarnya membah4yakan bukan sahaja diri sendiri, tetapi seluruh tenaga produksi.

“Pada saya perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Andai v1rus tersebar, orang yang tidak div4ksin itu lebih beris1ko untuk mendapat komplik4si krit1kal.

“Penggambaran akan tert4ngguh dan pihak penerbit terpaksa men4nggung kos yang tinggi akibat percutian disebabkan ku4rantin. Bukan itu sahaja, jadual pelakon dan tenaga produksi juga akan terg4nggu. Jadi, apabila rasa terdapat ris1ko lebih baik dicegah,” ulas Nadiya.

Sementara itu, penerbit drama bersiri Penghulu Interim, Issey Fazlisham yang juga penyampai radio Gegar FM, meluahkan rasa bimb4ng berhubung isu produksi mel4nggar SOP selepas kerajaan membenarkan penggiat industri kreatif kembali bekerja.

“Saya percaya semua orang mengikuti SOP untuk penggambaran dengan begitu ket4t kerana semua orang mahu bekerja. Perkara mel4nggar SOP seperti ini sepatutnya tidak berlaku.

“Jangan kerana nila setitik ros4k susu sebelanga. Saya tidak mahu hanya kerana segelintir yang mel4nggar SOP, kebenaran untuk industri keratif bekerja dit4rik b4lik,” kata Issey.

Drama Penghulu Interim terbitan Red Beans Productions yang dibintangi oleh Beto Kusyairy, Nadiya Nissa, Roy Azman, Rosli Rahman dan Issey kini sedang h4ngat disiarkan di Awesome TV, Jumaat sehingga Ahad pada pukul 9 malam.

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *