“Tak layak rasanya, saya bkn siapa-siapa..”- S4yu Tgok Vdeo Peniaga 0KU Ucap Trima Kasih Pada Pelanggan.

“Tak l4yak rasanya saya ditemubual. Saya ni bukan siapa-siapa..”

Itulah ungkapan yang dikeluarkan oleh Azmi Abu, 50 apabila mendapat panggilan daripada mStar baru-baru ini. Dia yang memiliki keupayaan yang terb4tas itu tular apabila sebuah video mengenainya ‘diupload’ di aplikasi twitter.

Dia difahamkan mengalami kec4catan sejak kecil lagi akibat dem4m panas. Tambahan lagi, dia turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM 500 setiap bulan namun dia tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada bantuan sahaja.

Azmi Abu yang turut disapa sebagai Tokmi itu turut berkongsi pengalamannya berniaga yang diusahanya sejak 10 tahun lepas.

Sebelum PKP dilaksanakan, Tokmi difahamkan berniaga bersendirian di beberapa kawasan seperti Pasar Seni, Jalan Tun Abdul Razak atau Petaling Street. Menurutnya, dia akan ke sana dengan b4ntuan adiknya atau menaiki teksi sahaja.

Tokmi yang dahulunya berniaga secara kecil-kecilan pernah menjual kerepek atau makanan ringan dan baru-baru ini dia mula menjual sambal ikan bilis, hasil tangannya sendiri (RM 10) dan jeruk yang dibungkus kecil. Kadangkala dia dibantu adiknya, Norhayati, 45.

Dia, yang menetap bersama adik dan anak buahnya di Kepong akan keluar pada pagi hari dan pulang pada waktu malam. Sebelum videonya viral, hanya 5 atau 6 balang yang berjaya dijual setiap hari dan ada juga hari yang tiada jualan.

“Sejak vir4l, Alhamdulillah tempahan tak pernah putus. Bersyukur sangat.”

Menurutnya, media sosial sebagai tempat promosi produk makanan dibantu oleh anak buahnya. Anak buahnya itu akan tolong dalam menyampaikan apa yang cuba disampaikan Tokmi.

“Alhamdulillah, sekarang zaman moden, platform berniaga pun secara online, jadi saya tak perlu susah-susah keluar berniaga lagi. Lagipun keadaan agak bah4ya sekarang.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Cabaran Berniaga

“Ketika itu saya sedang berniaga atas kerusi roda, tak mampu berdiri. Tiba-tiba ada seorang lelaki datang menyer4ng saya sehingga terj4tuh. Habis makanan dan duit saya diambil. Saya tak mampu berdiri, nasib baik ada orang awam datang tolong.”

“Ada juga manusia yang ambil barang jualan saya dan terus lari tanpa bayar. Macam mana saya nak kejar, saya tak mampu.”

Tambahnya lagi, dia pernah meminta tolong daripada satu pihak untuk mendapatkan sebuah kedai namun permintaannya itu dibalas sinis “Jika tak ada RM 10, 000 di tangan, jangan pernah bermimpi nak berniaga di kedai”

“Sampai hati saya diperlakukan seperti itu.”

Namun begitu, Tokmi tidak pernah putus asa dan turut berterima kasih kepada warganet yang memberikan sokongan dengan membeli sambal garing dan jeruk yang dijualnya.

“Terima kasih, semoga Allah membalas jasa kalian dan saya akan terus berusaha untuk mencari rezeki yang halal. Apa yang penting saya tidak akan pernah meminta-minta.”

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *