“Tak kisah klau lps ini dib3nci penonton..” 7 Thun Menunggu, Raja Afiq K0ngsi Pngalaman Bergandingan Bersama Rosyam Nor.

Tidak sangka meraih peluang bergandingan dengan Datuk Rosyam Nor hanya selepas tujuh tahun aktif dalam arena seni membuatkan Raja Afiq cukup teruja.

Sehinggakan, setiap tunjuk ajar yang ditimba daripada idolanya itu di set penggambaran Gerak Khas Undercover diceritakan kepada ibunya.

Walaupun sudah berada di tahap tersendiri, katanya aktor dihormati ramai itu tidak l0kek berkongsi pengalaman dan tunjuk ajar membuatkan setiap detik berada di lokasi penggambaran dimanfaatkan sebaik mungkin.

Malah ujar Raja Afiq, 27, sekian lama dia menyimpan angan-angan untuk beraksi dengan aktor hebat itu dan akhirnya pembabitan dalam drama bersiri 30 episod tersebut merealisasikan impiannya.

“Sejak kecil saya mengikuti lakonannya dari drama hinggalah ke filem seperti KL Menjerit, Janji Diana, Castello, Balistik, KL G4ngster dan sampai sekarang.

“Umpama impian menjadi kenyataan pula apabila dapat berlakon dengan Rosyam. Malah watak saya dalam drama terbitan Skop Productions ini cukup dekat dengan peranan dibawakan idola saya itu.

“Dia memegang watak penj4hat, Tony Bono. Sementara saya pula menggunakan nama Malik yang juga sebagai orang kanannya sekali gus membabitkan banyak b4bak antara kami berdua.

“Dia juga bukan jenis berkira. Ada saja ilmu dikongsi sampai setiap hari habis ‘shooting’ pun apabila balik rumah saya tak berhenti bercerita dengan emak,” katanya ketika sesi virtual barisan pelakon Gerak Khas Undercover baru-baru ini.

Drama bersiri yang bakal bersiaran menerusi TV3 bermula Jumaat ini turut membariskan Datuk Aaron Aziz, Erra Fazira, Salina Saibi, Datuk Seri Eizlan Yusof, Elizabeth Tan dan Ruzana Ibrahim.

Pengisian drama berkenaan berkisar cabaran dihadapi pasukan ris1kan menump4skan k3s jen4yah membabitkan kumpulan kongsi gel4p remaja, penged4ran d4dah dalam kalangan pelajar sekolah, sindiket pen1puan jual beli kereta, kes pel4curan dan keld4i d4dah.

Sementara itu, Raja Afiq yang mula dikenali menerusi drama Hello Mr. Perfect turut berbesar hati dapat mencuba melenyapkan stereotaip sebagai bintang rom4ntis selepas menggalas peranan dalam drama aksi berkenaan.

Pemilik nama sebenar Muhammad Afiq Raja Razali itu memaklumkan, sudah lama dia menanti peluang menyahut cabaran melakukan babak l4sak sendiri seperti yang digalasnya dalam Gerak Khas Undercover.

“Sebenarnya bawa watak apa pun bagi cabaran berbeza. Bukan tak suka karakter lelaki romantis atau kerap membintangi naskah cinta tetapi sebagai pelakon, saya perlu meneroka sisi berbeza.

“Lagipun saya suka aksi l4sak. Apabila dapat peluang sebegini saya terus sambar. Tambahan pula berpeluang berkongsi set dengan ramai bintang hebat.

“Dapat bekerja dengan ramai pengarah hebat termasuk Datuk Yusof Haslam, Syamsul dan Syafiq Yusof, secara tidak langsung semua kelebihan ini memberi anjakan dalam profil lakonan saya.

“Saya pun tak kisah kalau selepas ini dib3nci penonton disebabkan watak Malik kerana semuanya bukti penghayatan serta aksi saya menjadi. Saya tak sabar tunggu maklum balas ramai.

“Drama kepolisan ini juga memberikan kepuasan tersendiri apabila saya berpeluang menonjolkan watak dan perwatakan seorang g4ngster yang sudah pasti perlu menonjolkan memek muka serta emosi g4rang,” katanya lagi.

Terdahulu, bakat lakonan Raja Afiq yang mula dicungkil menerusi uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014 mula menyerlah dua tahun kemudian sebaik menjadi bintang utama drama Sayangku Kapten Mukhriz.

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *