“Tak bagus utk masa depan seseorang..” – Zizan Luah Rasa Menyes4l Gara2…

Pelakon dan pelawak Zizan Razak berpendapat bahawa memiliki aset hartanah adalah lebih penting berbanding kemewahan yang lain.

Ujarnya lagi, memiliki kediaman sendiri adalah satu pelaburan yang bijak berbanding membeli kereta mewah sewaktu berada di puncak populariti.

“Beli rumah, that’s like the best thing ever.”

“Melabur kerana tutup mata, duit tetap berjalan. Duit bekerja untuk kita.”

Dia, yang merupakan pemilik kereta Ferrari pada usia muda sekitar tahun 2015 itu berkata bahawa tindakannya membeli kereta mewah itu adalah penyesalan terbesar sepanjang kehidupannya.

“Ada sesetengah orang datang kepada saya (minta pendapat) sama ada nak beli GT-R atau Mustang, saya jawab ‘no’.”

Hal ini dikongsikan olehnya secara rawak dalam satu live Instagram bersama Joe Flizzow, Fakkah Fuzz dan usahawan, Pak Din malam tadi.

“Nasihat saya tak payah beli namun kalau ikut kemampuan, tak adil kalau tak beli sebab itu mungkin target atau impian. Mungkin bagus, mungkin tidak. Bagi saya, tak bagus untuk masa depan seseorang.”

“Rumah untuk hujung hari, namun kereta sekejap lagi GTR, lepas tu GTO dan mungkin GTB. Macam-macam jenis akan keluar,” katanya sambil ketawa.

Sumber: Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *