“Syurga buat 3 beranak..” Bumbung B0cor, Lantai Berlub4ng, Tiada Air dan Elektrik..

Rumah pus4ka yang dipercayai milik arwah datuk kini menjadi ‘syurga’ buat Suhaimi Muhammad, 41 dan kedua anak lelakinya yang masing-masing berusia 10 dan 8 tahun sejak Mei lalu.

‘Syurga’ yang mempunyai lantai yang r3put, dinding yang berlubang dimakan anai-anai, keadaan bumbung yang boc0r serta tiada bekalan air mahupun elektrik kini menjadi tempat berteduh 3 beranak itu.

“Ketika hujan lebat, kami berpindah ke kawasan yang tidak b0cor selain berpelukan ketika angin kenc4ng serta ribut.”

“Saya tak mampu untuk baiki kerana tiada sumber kewangan, bantuan makanan pun pihak sekolah bantu.”

Suhaimi sebelum ini dipercayai menyewa sebuah rumah di kampungnya itu sebelum berpindah ke rumah arw4h datuknya akibat tidak dapat bekerja dan tidak mampu membayar sewa berikutan pelaksanaan PKP 2.0 sejak Mac lalu.

Sang isteri yang melarikan diri ketika bekerja sebagai buruh di Pasir Gudang, Johor Baharu kira-kira 5 tahun lalu telah menyebabkan dia pulang ke kampung untuk meneruskan kehidupan bersama 2 anaknya.

“Walaupun mempunyai tanah sendiri, saya tidak mampu membina rumah sendiri berikutan faktor kewangan.”

Dia yang menetap di Kampung Padang Terik, Marang, Terengganu itu mengakui terpaksa mendapatkan bekalan air daripada alur bukit yang terletak kira-kira 2 kilometer dari rumahnya manakala malam harinya dihiasi cahaya bulan dan lilin.

Datuk Razali Idris, Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri berkata pihaknya akan menanggung kos sewa rumah selama 6 bulan selain menanggung kos pembinaan kediaman Suhaimi di atas tanah miliknya.

Razali turut menyampaikan b4ntuan tablet bagi memudahkan anak Suhaimi bagi sesi PdPR.

Sumber: HMetro, UT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *