“Susah, per1t hanya Tuhan yg tahu..” 30 Thun Tinggal Dlm Pondok Usang. Bila Diselidiki Ini Rupanya Punca..

30 tahun tinggal dalam hutan. Itulah yang terjadi kepada seorang warga emas yang mendiami pondok usang dalam hutan di kampung Batu 4.

Sus4h dan per1t hanya tuhan sahaja yang tahu. Rashid Mat Shah, 66, merantau ke Slim River setelah ibu bapanya berpisah.

“Apabila tiba di kawasan ini, saya mengikut seorang lelaki untuk berkerja di dusun durian.

“Saya mendapat upah dengan menjaga dan membersihkan dusun yang dipajaknya,” katanya ketika ditemui.

Bercerita lanjut, dia hanya menggunakan pelita pada waktu malam dan menjadikan air hujan sebagai keperluan untuk mandi dan memasak.

Dia juga turut dibantu oleh seorang pemilik kebun getah berhampiran yang juga merupakan seorang cikgu membeli keperluan barangan asas untuk kegunaannya.

“Guru berkenaan mempunyai ladang getah di lokasi berhampiran dan saya selalu meminta bantuannya.

“Memang sunyi tinggal seorang diri di hutan, saya hanya bertemankan anjing yang dibela sebagai kawan selain untuk menjaga keselamatan,” katanya.

Tambahnya lagi, dia langsung tidak tahu apa yang berlaku di luar kerana sangat jarang keluar ke pekan ekoran rasa takutnya kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri.

“Saya bukan tidak mahu keluar sesekali ke pekan dan sebagainya namun disebabkan ketiadaan dokumen pengenalan diri, ia mengh4lang saya berbuat demikian,” katanya.

Selain itu, ADUN Slim Mohd Zaidi Aziz berkata dia hanya mengetahui keadaan selepas dimaklumkan oleh orang awam.

“Hasil kunjungan ke pondok Rashid, saya dapati kehidupannya memang daif.

“Saya akan bantunya untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri bagi memudahkan urusan dan bantuan,” katanya.

Tambahnya lagi, sementara menunggu urusan dokumentasi disiapkan, pihaknya akan terus menyalurkan bantuan kepada Rashid menggali perigi untuk mencari bekalan air bersih dan juga membina kandang anjing bagi mengelakkan Rashid tinggal bersama dalam pondok itu.

Sumber: HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *