“SubhanAllah..” Asteroid Bersaiz Piramid Giza Sedang Menghampiri Bumi.

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) berkata bahawa sebutir asteroid gergasi akan melewati Bumi pada Ahad ini pada kelajuan 28,968 kilometer sejam, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Asteroid dinamakan  G020 itu memiliki panjang antara 96 meter hingga 219 meter, menjadikan saiznya sebesar Taj Mahal dan juga binaan Piramid Giza.

Ia akan berada pada kedudukan paling hampir  4.5 juta kilometer dari Bumi, meletakkannya pada kedudukan program ‘Apollo’ NASA.

Foto: Kosmo

Jasad angkasa lepas itu bagaimanapun cukup jauh untuk dianggap sebagai satu kembimb4ngan besar. Sebagai perbandingan, Bulan adalah sejauh 384,399 kilometer dari Bumi.

Menurut saluran berita Fox News, asteroid itu boleh menjadi semakin hampir dengan Bumi kerana tarikan graviti daripada planet ketika ia melewati sistem solar, namun hal tersebut bukan begitu membimb4ngkan.

Pada tahun 1901, asteroid itu melewati sekitar 1.2 juta kilometer dari Bumi dan pada 1935 pula ia berada pada kedudukan 2.41 juta kilometer dari Bumi.

NASA memantau asteroid untuk mengkaji lebih banyak mengenai sistem solar dan bagi memastikan orbitnya tidak bergerak menghampiri Bumi. -Agensi

Sumber: KOSMO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *