“Yg penting niat….” Berjaya Jual Trofi FFM25, Ini Harga Yg Didedahkan Syafie Naswip.

Sebelum ini tul4r seorang pelakon yang ingin menjual trofinya, Trofi Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik) demi membantu golongan yang memerlukan dikala p4ndemik Cov1d-19 ini.

Sesi jualan amal Syafie di IG Livenya sebelum ini.

Syafie Naswip, 29 kini telah berjaya menjual trofi kesayangannya itu pada harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penjual dan pembeli).

“Alhamdulillah kita sudah ada pembeli. Esok saya akan buat penghantaran trofi kepada beliau. Terima kasih kepada @abampeahofficial. Semoga Allah memberkati dan permudahkan urusan encik dunia akhirat.”

” Trofi tersebut dilelong pada harga RM 10, 000 dan dia mampu untuk bayar. Lagipun saya bukan niat menjual beli dan menetapkan harga tinggi.”

“Apa yang penting niat saya untuk membantu mereka yang memerlukan tercapai.”

Menurutnya lagi, dia akan memilih individu atau pihak yang memerlukan menerusi mesej (DM) yang diterima melalui instagramnya.

Trofi yang dimenangi menerusi filem Songl4p (2013).

Dia turut berkata, biarpun berat hati untuk melepaskan trofil hasil lakonan dalam filem Songlap itu, dia harus redha demi mendapatkan wang tambahan demi usahanya dalam membantu masyarakat yang memerlukan.

“Trofi ini memang mempunyai nilai sentimental, namun apalah guna jika hanya tersimpan begitu sahaja.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip)


Sumber : Kosmo, Ig Shafie Naswip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *