Sanggup Tinggalkan K0ndo Mewah, Niena Baharun Lebih Selesa Tinggal Dgn Mentua..

Selalunya individu tak kira perempuan atau lelaki yang dah kahwin ni lebih suka duduk rumah sendiri daripada duduk dengan mertua atau ibubapa sendiri.

Ini kerana mereka lebih sukakan hidup sendiri atau privasi sendiri untuk tinggal bersama suami dan anak-anak mereka. Mereka juga lebih suka berdikari sendiri supaya tidak menyusahkan mana-mana ahli keluarga.

Namun lain pula yang terjadi kepada pelakon terkenal tanah air Niena Baharun. Niena atau nama sebenarnya Amaniena Binti Kamarul Baharun lebih suka tinggal bersama mentuanya daripada tinggal sendiri di rumah bersama suaminya.

Foto: IG

Kata Niena, tinggal bersama mentua lebih seronok berbanding tinggal sendiri di kondo mew4h.

“Selepas kahwin saya tinggal di rumah mentua, kebetulan masa tu tengah tunggu rumah sendiri selesai proses renovasi.

“Dalam masa sama juga saya pregn4nt anak pertama. Maka kami pun tinggal la di rumah in law sampai selesai proses bers4lin anak pertama pada Oktober 2019.

“Tapi sebenarnya rumah kami dengan mentua tak jauh pun, jarak sekitar 5 kilometer je. Tu pun kadang-kadang kami on off balik sana,” ujarnya kepada mStar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Niena Baharun (@nienabaharun.nb)


Tambahnya lagi, mentuanya sendiri yang mengajak mereka tinggal bersama kerana risau tentang perkembangan cucu mereka. Lagi-lagi ketika musim PKP jadi lebih baik dia tinggal bersama mentua untuk mengelak daripada bosan duduk dirumah yang boleh menyebabkan str3ss.

“Mereka ajak duduk sekali, memudahkan sekiranya ada apa-apa yang berlaku. Sebab masa tu sudah ada ura-ura nak PKP, tak tahu lagi situasi tu macam mana.”

Rumah kami jenis kondo manakala rumah mentua adalah landed house. Faham je la apabila duduk rumah bertingkat tinggi ni rasa macam terkurung sikit tambahan pula ada anak yang tengah nak membesar ni.

“Rasa kasihan dekat anak-anak sebab tak boleh bebas sangat. Kalau duduk rumah landed sekurang-kurangnya mereka boleh buat macam-macam aktiviti dan kenal dunia luar. Tak ada la sampai str3ss.

“Apabila dah terbiasa duduk ramai-ramai, kemudian pindah duduk empat beranak je bos4n la juga.”

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

[Olahan Semula: Info Malaya]

Sumber: CARI, MSTAR, IG NIENA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *