Selepas Bad Indigo, Giliran Isterinya Pula Ashira Aziz Diuji. “Terakhir kita jumpa pada bulan puasa..”

PETALING JAYA – Bukan sahaja bers3dih atas pemergian ibu tirinya, penyanyi Ashira Aziz turut berasa terkil4n kerana tidak dapat menunaikan permintaan arw4h yang mahu dirinya menambah cahaya mata hasil pernikahan dengan Bad Indigo pada Mac lalu.

Kata pemilik nama penuh Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, ibu tirinya, Norma Ariffin yang dibahasakan sebagai Mak Norma menyuarakan permintaan tersebut sewaktu pertemuan terakhir mereka ada Ramadan.

“Terakhir kita jumpa pada bulan puasa. Mak Norma cakap, Oshin (panggilan untuk Ashira) kena ada zuriat lagi.

“Maafkan Oshin, belum ada rezeki atau mungkin takkan terjadi.

“Oshin sayang Mak Norma macam ibu sendiri. Mak Norma rehatla, jenguk-jenguklah abah dan kami selalu ye. Selamat berehat ye Mak Norma,” tulis penyanyi berusia 37 tahun itu menerusi Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AshiraGV7 (@ashiraaziz)


Ibu tiri Ashira yang sebelum ini dirawat di Hospiral Selayang sejak 24 Julai akib4t Cov1d-19 sebenarnya sudah dibenarkan pulang ke rumah pada pagi 2 Ogos (semalam) namun menghembuskan n4fas terakhir pada hari sama, sekitar pukul 6.20 petang.

Terdahulu, ayahnya yang juga penyanyi veteran, Syed Abdul Aziz Syed Alwi turut disahkan sebagai pes4kit Cov1d-19 disusuli Ashira yang juga mempunyai gej4la tetapi mereka hanya menjalani ku4rantin di rumah.

Bercerita tentang wanita yang sudah dianggap seperti ibu kandungnya, Ashira meluahkan penghargaan buat terhadap Allahy4rham yang selama sentiasa menjaga bapanya dan seisi keluarga mereka dengan sepenuh kasih sayang.

Kata bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh itu lagi, ayahnya orang yang paling gembira apabila dimaklumkan isteri dibenarkan keluar dari wad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AshiraGV7 (@ashiraaziz)


“Semalam abah (panggilan untuk ayahnya) paling gembira Mak Norma boleh balik selepas beberapa hari ku4rantin di hospital. Abah kemas rumah, abah ada teman semula.

“Mak Norma sampai pagi tadi. Alhamdulillah. Petang pula abah mesej, Mak Norma s4kit slip disc kuat, tak boleh bangun atau duduk mahu pun bergerak, s4kit.

“Abah sus4h hati. Allah lebih sayangkan Mak Norma. Pukul 6.20 petang Allah jemput Mak Norma balik. Allah nak Mak Norma rehat tanpa s4kit lagi.

“Mak Norma, terima kasih jagakan abah selama ini, jaga makan pakai abah dan selalu ambil berat pasal kami,” luahnya lagi penuh syahdu.

Untuk rekod, Ashira yang mempunyai seorang anak menerusi perkahwinan terdahulu, kembali bergelar isteri genap empat bulan lalu selepas mendirikan rumah tangga dengan Bad Indigo.

Selain terjejas dengan m4salah kewangan akibat ketiadaan pekerjaan, kehidupan Ashira kini tambah teruji apabila Bad yang menghid4p k3ncing m4nis tahap kron1k mungkin dan mungkin c4cat kekal apabila empat jari kaki telah dip0tong.

Dalam perkembangan terbaharu, Bad, 46, juga bakal menjalani rawatan susulan yang panjang apabila ibu jari kakinya bakal dibu4ng selain terpaksa memohon status Orang Kelainan Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *