“Sekadar jadi diri sendiri…”-Selepas Awal Ashaari, Giliran Nabila Huda Pula Bersuara 1su Pengacara Melodi.

“Bermula perjalanan hidup dan tanggungjawab baru untuk menyambung legasi program hiburan yang sensasi di Malaysia.”

Sejak minggu lalu, timbul desas-desus mengenai siapakah yang bakal menggantikan Awal Ashaari dan Janna Nick sebagai pengacara Melodi.

Awal mula berkidmat sebagai pengacara Melodi pada 2012 manakala, Janna Nick pula pada 2018.

Persoalan ini akhirnya terjawab apabila Nabila Huda diumumkan sebagai pengganti pengacara program itu pada Ahad.

“Bismillahirrahmanirrahim. 25 Julai 2021 hari ini dalam sejarah Abil keluar daripada comfort zone dalam kerjaya Abil.”

“Ini merupakan penghormatan yang luar biasa untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini. Segala puji bagi Allah di atas rezeki yang dikurniakan kepadaku.”

Foto: blog

Menurutnya, dia akan cuba membawakan program tersebut dengan cara sendiri dan berharap agar penonton memberikannya peluang serta menyokong perjalanan pertamanya sebagai pengacara.

“Apa perubahan yang saya akan buat? Tak banyak, saya sekadar menjadi diri sendiri.”

“Kalau ada kekurangan maafkan saya, tolong jangan letakkan jangkaan saya akan menjadi lebih baik daripada orang lain.”

Terdahulu pada program terssebut, Awal dan Janna turut mengucapkan selamat tinggal serta mengundurkan diri secara rasmi dan Nabila Huda akan mula bersiaran dalam rancangan TV3 ini pada Ahad depan.

Sumber: @kupu_kupu, mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *