Lima K3s Posit1f Cov1d-19 Dikesan Sebelum Ke Langkawi.

Lima k3s pos1tif Cov1d-19 dikesan selepas saringan dijalankan melalui ujian RTK-Ag melibatkan individu yang ingin masuk ke Pulau Langkawi, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes pos1tif yang dikesan merupakan kategori satu iaitu tidak bergej4la dan telah diberikan perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) untuk diisolasi bagi tempoh 10 hari.

Menurutnya, pengesanan k3s melalui ujian RTK-Ag melibatkan 2,528 orang manakala enam individu menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum ke lapangan terbang dan kesemua keputusan adalah neg4tif.

“Baki 12 kanak-kanak di bawah enam tahun tidak menjalani ujian Cov1d-19 dan dibenarkan berlepas bersama keluarga masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Gambar hiasan. Foto – K! ONLINE

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sehingga pukul 12 tengah hari, seramai 2,546 orang disaring di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi melibatkan 1,250 orang di empat pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 orang melalui jeti feri di Kuala Perlis.

Katanya, seperti ditekankan sebelum ini, kejayaan Projek Rintis Langkawi sebagai gelembung pelancongan domestik pertama ini sangat penting dalam menentukan hala tuju pembukaan destinasi gelembung pelancongan domestik yang seterusnya.

“Projek rintis ini perlu dilaksanakan dengan berhati-hati bagi memastikan ia berjalan lancar dan tidak menyebabkan berlakunya peningkatan k3s serta klust3r baharu.

“Atas sebab itu, kerajaan perlu memastikan setiap pelancong yang akan bercuti ke Pulau Langkawi telah menerima v4ksinasi lengkap, bukan merupakan k3s pos1tif Cov1d-19 dan bukan kontak rapat kepada k3s pos1tif,” ujarnya.

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *