“Saya jadi tak tentu arah..” Baru Je Kedua Ibubapa Posit1f Cov1d, Azzam Sham Diuji Lagi.

Selepas kedua ibu bapa disahkan pos1tif Cov1d-19 pada 31 Ogos lalu lalu, penyanyi Azzam Sham sekali lagi diuji apabila adik perempuannya pula dij4ngkiti w4bak tersebut semalam.

Azzam, 24, ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, adiknya, Siti Nurazwani, 17, disahkan pos1tif Cov1d-19 selepas dia mengadu berasa s4kit tek4k dan melakukan ujian calitan Cov1d-19.

“Keputusan yang diterima mendapati adik pos1tif Cov1d-19. Selepas mendapat tahu tentang perkara itu, saya dengan lima lagi adik-beradik yang lain turut melakukan ujian calitan dan alhamdulillah keputusan kami neg4tif.

“Cuma dia sahaja (Nurazwani) yang positif dan telah dibawa ke Pusat Ku4rantin dan R4watan Cov1d-19 Ber1siko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) untuk raw4tan,” katanya.

Foto – IG Story Azzam Sham

Ujar Azzam atau nama lengkapnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham itu lagi, doktor memberitahu bahawa adiknya bukan dij4ngkiti Cov1d-19 daripada ibu bapa, sebaliknya melalui j4ngkitan baharu.

“Kami semua tinggal bersama. Bila dapat tahu adik positif, perasaan saya jadi tidak tentu arah. Saya bimb4ng sebab adik saya tidak div4ksin kerana baru berusia 17 tahun.

Tambahan pula dia mempunyai peny4kit t1roid. Memang saya sangat ris4u,” katanya.

Juara Big Stage 2020 itu bagaimanapun perlu kuat untuk adik-adiknya yang lain kerana selepas ibu bapanya dimasukkan ke Maeps, dia bersama seorang lagi adiknya memikul tanggungjawab untuk mengurus keluarga.

“Kasihan dekat adik bongsu yang berusia 10 tahun bila dia men4ngis sebab rindukan ibu. Tapi apa yang saya boleh buat? Kami semua terasa jauh dengan ibu dan bapa.

“Saya berharap semuanya kembali seperti biasa, dapat bersama keluarga. Sekarang ini pun saya rasa benar-benar jauh dengan mereka (ibu bapa),” tambah penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Jangan Pergi itu lagi.

Menyentuh keadaan terkini ibu bapanya, Lop Hisham Piai, 53, dan Yusnita Yusop, 45, Azzam berkata keadaan bapanya baik-baik sahaja.

Namun, ibunya mengalami penurunan bacaan oks1gen dalam badan pada paras 80 peratus pada malam tadi, namun kembali normal pada hari ini.

“Kalau keadaan mereka baik, insya-Allah ibu dan ayah dijangka akan dibenarkan pulang pada Jumaat nanti. Mudah-mudahan semuanya baik-baik sahaja,” kata Azzam.

Azzam bersama empat lagi adiknya iaitu Muhammad Azim Ramdan, 22, Intan Noraziean, 21, Muhammad Azryzham, 14 dan Nur Azreen Yusrina,10, yang neg4tif Cov1d-19 masih menjalani ku4rantin kendiri di rumah.

Sumber: K! ONLINE,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *