“Saipoll…” Gelagat Umi Sedang Video Call Dgn Cristiano Ronaldo Bikin Netizan Dekah

Sejak PKP dilaksanakan sehinggalah hari ini, ramai yang terjejas sama ada dari sudut ekonomi, fizikal, mental mahupun emosi. Oleh itu, ramai rakyat Malaysia menggunakan kreativiti masing-masing dalam mengubati hati yang kesunyian.

Ada yang menatap ‘frame’ insan yang tersayang, ada yang ‘berwhatsapp’ dan ada juga yang menggunakan platform media sosial seperti Facebook, TikTok dan banyak lagi.

Berikutan itu, seorang pengguna aplikasi TikTok, @delima_andaman turut berkongsi sebuah video yang memperlihatkan dirinya yang sedang video call bersama Cristiano Ronaldo.

Video tersebut:

Rata-rata warganet terhibur dengan video suntingan ini. Manakan tidak, bahasa yang digunakan Ronaldo itu seakan-akan menjawab pertanyaan yang diajukan oleh ‘umi’ itu.

“Kena plak tuuu…”-Netizen

“hahahahaa ngam…”-Netizen

Video itu turut disertakan dengan kapsyen ‘Anak soleh umi n walid ni. kat rumah panggil Sepul je..’. Nama panggilan Ronaldo di rumah juga turut mendapat perhatian warganet.

“Sepul hahahaha..”

“Nk jadi menantu, helok sangat anak umi tu, bkn muke je..poket pn hensem..”

Sumber: HCL, @delima_andaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *