“Insya-Allah saya akan…” Ini Reaksi Remy Ishak Bila Dpt Thu Ada Yg Betul2 P4tah H4ti.

“Jika ada yang pat4h h4ti, tolong maafkan saya.”

Itu ungkapan pelakon kacak Remy Ishak terhadap perkongsian video dan luahan p4tah h4ti peminat, terutama wanita yang kec3wa dengan statusnya kini sudah bergelar suami orang.

Dalam satu hantaran Instagram hari ini, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 39, banyak menerima beberapa video dan mesej yang memaparkan gelagat wanita meluahkan rasa kekec3waan apabila aktor pujaan mereka sudah bernikah.

“Sejak dua hari lepas banyak betul mesej daripada kawan-kawan dan keluarga yang menghantar video seperti ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)


“Saya tahu mereka semua adalah peminat yang bergur4u untuk menceriakan hari saya tetapi kalau ada yang betul-betul p4tah h4ti, tolong maafkan saya,” ujarnya.

Bagi menenangkan hati semua yang kec3wa, pelakon Pujaan Hati Kanda itu berjanji akan terus menghiburkan para peminatnya dalam setiap projek yang akan datang.

“Insya-Allah saya akan tetap akan menghiburkan anda semua dalam projek yang akan datang. Terima kasih semua kerana masih setia bersama saya,” katanya lagi.

Semalam, ribuan hati peminat lelaki dengan jolokan Hero Pujaan Malaya itu punah selepas dia selamat bernikah dengan suri hatinya yang juga seorang usahawan, Ezza Yusof, 38, dalam sebuah majlis ringkas di Masjid Negara.

Sejak berita tersebut tersiar, rata-rata peminat yang ‘j4tuh cinta’ terhadapnya meluahkan kek3cewaan dalam media sosial sehingga nama Remy sohor kini dalam Twitter.

Sumber: K! ONLINE, IG Remy Ishak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *