“MasyaAllah terharu baca..” (Video) Pramugari Bertemu Jodoh Dengan Penumpangnya.

Seorang pramugari jelita tidak menyangka bahawa jodohnya adalah seorang lelaki yang merupakan penumpang kepada pesawatnya, lapor laman berita Merdeka.com semalam.

Menurut video yang dimuat naik di akaun TikTok @putri.antris, pramugari itu berkongsi kiesah cintanya dengan suami yang ditemuinya tiga tahun lalu ketika sedang bertugas.

“Dia merupakan penumpang saya tiga tahun lalu dalam penerbangan dari Banjarmasin ke Surabaya dan ketika itu, saya baru sahaja menjadi pramugari bagi penerbangan itu,” kata Putri.

Wanita itu juga mendedahkan bahawa ketika itu, suaminya itu meminta nombor telefonnya sebanyak beberapa kali sebelum akhirnya memberikan Putri kad namanya.

Namun, memandangkan penerbangan Putri yang seterusnya adalah ke Jakarta, kad nama itu tertingg4l di sebuah laci dan Putri hanya menyedarinya ketika sudah tiba di Jakarta.

Akuinya, dia berasa biasa sahaja kerana baru dikec3wakan oleh seorang lelaki, dan enggan berp4caran serta hanya mahu fokus kepada kerjaya.

“Namun, dua bulan selepas kejadian itu, saya menerima mesej daripada suami menerusi akaun Instagram saya dan daripada situ, kami mula berhubungan sehinggalah dia akhirnya menjadi imam saya,” kata Putri.

Video tersebut ternyata menarik perhatian netizen yang kemudiannya berkongsi pelbagai komen.

“Memang benar ya jodoh itu tidak ke mana, walaupun tidak dicari tetapi jika jodoh itu memang untuk kita, ia akan tetap untuk kita,” kata seorang netizen.

“MasyaAllah terharu baca kisah kalian, semoga menjadi keluarga sakinah mawaddah warahmah, aminnn, ” kata seorang lagi netizen.

“Apabila dua insan dijodohkan oleh Allah, walaupun di belahan Bumi sebelah mana pun akan disatukan,” kata seorang netizen lain. – AGENSI

Sumber: Kosmo, Tiktok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *