“Practice dulu. Hehe..” Elizabeth Tan Muatnaik Video Bersama Suami, Skali Benda Lain Yg Netizan Perasan.

BARU-BARU ini, penyanyi dan juga pelakon Elizabeth Tan ada memuat naik sebuah video sedang meriba dan membelai seekor kucing bersama suaminya tercinta, Siew Jim.

Dalam kapsyen video itu, Elizabeth atau mesra disapa Lizzy menulis status ‘practice dulu’ (berlatih) yang difikirkan barangkali mempunyai maksud tersirat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Maka berbondong-bondonglah komen netizen meneka bahawa mungkinkah selebriti cantik itu sedang hamil.

Yelah, mula-mula main timang-timang dengan kucing seolah-olah memberi gambaran dirinya sedang berlatih mendukung bayi suatu hari nanti.

Wah! Diva yang tengok video tersebut pun turut berasa teruja. Tapi nampaknya hampa apabila Lizzy memberitahu dalam ruangan komen apabila dirinya masih belum hamil. Belum rezeki, tak tahun ini mungkin tahun depan agaknya.

Komen Netizan

Sumber: Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *