Pingat Emas Dib4talkan, Penyertaan Ziyad Zolkefli Dipr0tes Atlet Negara Lain ?

Duk4cita dimaklumkan bahawa rekod dunia dan pingat emas Ziyad Zolkefli dib4talkan kerana 1su teknikal.

Pingat emas acara lontar pelvru Paralimpik Tokyo 2020 menjadi milik pesaing dari Ukraine,Maksym Koval.

Apapun, Ziyad tetap juara di hati kita semua..

Foto – FB
Foto – FB

Terdahulu

Sejarah tercipta di bumi Tokyo, Jepun apabila atlet olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli muncul rakyat Malaysia pertama berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Paralimpik buat kali kedua berturut-turut.

Lebih manis, Ziyad memenangi pingat emas acara lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik sebentar tadi dengan rekod dunia baharu menerusi lontaran sejauh 17.94 meter (m).

Catatan itu secara tidak langsung mengatasi rekod kebangsaan, 17.54m yang dilakukan oleh Adi Alifuddin Hussin di Palembang, Indonesia pada November 2011.

Kejayaan itu sememangnya hadiah yang cukup indah buat Malaysia yang menyambut Hari Kebangsaan ke-64 hari ini.

Pingat perak dan gangsa pula dimenangi dua atlet Ukraine, Maksym Koval dan Oleksandr Yarovyi masing-masing menerusi catatan sejauh 17.34m serta 17.30m.

Fakta Menarik

Kejayaan ini nyata membanggakan seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi ini merupakan satu sejarah yang dicipta oleh seorang anak istimewa negara.

Tetapi, sejauh manakah anda mengenali Ziyad? Berikut adalah beberapa fakta yang anda perlu tahu tentang atlet Paralimpik itu.

1. Berusia 26 tahun, Ziyad menghid4p m4salah pembelajaran (intellectual imp4irment) dan ia dikenal pasti ketika beliau berada di bangku tadika.

2. Ziyad merupakan anak sulung daripada empat beradik.

3. Menurut portal Paralympic, Ziyad mula menceburi sukan ini sejak tahun 2008. Ia merupakan satu acara sukan yang wajib di sekolahnya.

4. Ziyad membuat kemunculan pertama dalam Kejohahan Paralimpik di London pada tahun 2012, dan ketika itu beliau berjaya memenangi pingat gangsa.

5. Beliau pernah memenangi pingat emas kategori F20 lelaki dalam Kejohanan Olahraga Dunia JawatanKuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) pada tahun 2013.

6. Selain itu, Wikipedia melaporkan, Ziyad turut raih pingat emas dalam Sukan Para Asia yang berlangsung pada tahun 2014.

7. Selepas kemenangannya dalam Kejohanan Dunia 2013, Ziyad diiktirafkan sebagai Atlet Paralimpik Negara Terbaik bagi tahun 2013 oleh Anugerah Sukan Negara.

8. Menurut ayahnya, Zolkefli, sebelum Ziyad menyertai Majlis Sukan Negara, beliau menjual kuey tiau di Jalan Tuanku Abdul Rahman, lapor Free Malaysia Today

9. Meraih pingat emas pertama Paralimpik di Tokyo pada 2016.

Sumber: K! ONLINE, Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *