Fenomena Kep4la Air Di Kawasan Gunung Jerai. Pihak KASA Jelaskan Punca Sebenar.

PUTRAJAYA – Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA) mengesahkan berlaku taburan huj4n lebat luar biasa dalam tempoh masa singkat di sekitar kawasan puncak Gunung Jerai, Yan, Kedah petang semalam.

Pengesahan itu berdasarkan laporan tinjauan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) yang  mendapati terdapat huj4n lebat luar biasa bermula kira-kira pukul 2.30 petang.

Permukaan jalan ros4k akibat kejadian kep4la air di kawasan peranginan Air Terjun Seri Perigi, Yan pada petang semalam. Foto – K! ONLINE

Hujan Ekstr3m Punca

Ketua Setiausaha KASA, Datuk Seri Zaini Ujang berkata, kejadian hujan ekstr3m itu telah menyebabkan fenomena kep4la air di kawasan Gunung Jerai dan b4njir lvmpur sehingga kedalaman 0.1 hingga 0.3 meter di daerah Kuala Muda dan 0.2 hingga 1.5 meter di daerah Yan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je)


Beliau berkata, hujan lebat di hulu iaitu kawasan bukit menyebabkan berlaku limpahan air sungai serta terdapat halangan s4mpah s4rap, kayu dan reba pokok yang ters4ngkut pada lintasan.

“Berdasarkan maklumat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, Stesen Huj4n Gunung Jerai merekodkan bacaan kumulatif 281 milimter (mm) dan Stesen Huj4n Kampung Singkir Genting merekodkan bacaan kumulatif 172 mm.

“Dalam tempoh satu jam, jumlah kumulatif tertinggi huj4n direkodkan adalah 91 mm,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zaini berkata, berdasarkan rekod, pada pukul 6 petang, hujan yang turun telah melebihi 50 tahun Average Recurrence Interval (ARI).

Beliau berkata, KASA bersama agensi-agensi di bawahnya termasuk kerajaan negeri Kedah telah mengambil tindakan termasuk kerja pembersihan dan mengadakan perbincangan bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan yang perlu dijalankan segera.

Sumber: K! ONLINE, FB KASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *