“Simp4n jela motor tu utk tatapan ank cucu..” Penjual Cuba Nasib, EX5 Dit4war Melebihi Hrga Ysuku.

Jika sebelum ini motosikal Yamaha RX-Z dijual pada harga yang tidak masuk ak4l sehingga RM60,000 kini giliran ‘kapcai’ Honda EX-5 pula mencetuskan per4ng harga di media sosial.

Menerusi satu perkongsian di sebuah laman Facebook, motosikal yang telah dibaik pulih semula itu ditawarkan pada harga RM15,000.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, keadaan motosikal berwarna merah itu sangat menarik kelihatan seperti ‘baru keluar kilang’ dengan beberapa bahagian masih dibaluti dengan plastik.

Gambar motosikal Honda EX-5 yang ditawarkan pada harga RM15,000 di laman Facebook. Foto – K! ONLINE

Menurut penjual yang tinggal di Cheras, Kuala Lumpur itu, jika sebelum ini ada yang menawarkan motosikal jenis itu pada harga RM10,000 dan kini dia pula menawarkan pada harga RM15,000.

Susulan perkongsian itu, ia mencetuskan perdeb4tan h4ngat dalam peminat motosikal berkenaan yang menyifatkan harga ‘kapcai’ itu sangat kapitalis dan tidak masuk akal.

“Kalau harga macam ni baik beli kereta, harga melampau macam Y4.hu.di m4buk, simpan jela motor tu untuk tatapan anak cucu,” tulis Tayar B0cor di ruangan komen.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Abe Pu Selatan.

“Kalau terdes4k sangat pun nak jual janganlah sampai harga k4pitalis. Motosikal tu bukan sebiji je ada kat Malaysia,” katanya.

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *