“Pen4t jalan, rasa lain mcm..” Pemuda Ini Kongsi Pengalaman Ses4t Dlm Hutan Sngai Pisang.

Bagi penggemar aktiviti l4sak seperti hiking dan jungle trekking, masuk ke hutan pasti menjadi satu kepuasan buat mereka. Melihat keindahan alam semulajadi adalah satu terapi yang dapat menghil4ngkan str3s.

Lebih-lebih lagi apabila kawasan tersebut merupakan lokasi air terjun yang sesuai untuk beriadah. Untuk tiba ke lokasi air terjun, kebiasaannya pengunjung perlu melalui trek yang mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam.

Namun, berbeza pula dengan pemuda ini apabila dia tidak sampai-sampai ke kawasan air terjun walaupun sudah berjalan selama dua jam!

Menerusi perkongsian di laman Youtube, Zaidi Aziz dan rakan-rakan memilih air terjun Sungai Pisang kerana kawasannya yang cantik, siap ada terowong di mana ramai pengunjung mengambil gambar di situ.

Untuk sampai ke air terjun, mereka perlu melalui denai kecil yang menghubungkan anak sungai. Sudah lama tidak masuk ke hutan, mereka mengakui sangat teruja.

Ketika sedang berjalan, mereka berjumpa sekumpulan pengunjung yang berada dalam keadaan ses4t. Mereka yang pada awalnya hanya seramai 7 orang kini disertai pengunjung lain sehingga 20 orang.

Dah penat berjalan, mereka dah rasa ‘lain macam’ sebab air terjun masih belum dijumpai. Selepas dua jam, dia baru sedar sebenarnya mereka sudah ses4t dan mengambil keputusan berp4tah semula.

Apa yang p3liknya, jalan yang dilalui mereka untuk pulang tidak sama dengan jalan yang pernah dilalui sebelum ini. Zaidi turut mendengar suara seperti orang sedang men4ngis. Malah, rakannya Amirul turut mendengar bunyi yang sama. Tidak mahu berfikiran neg4tif, mereka teruskan perjalanan pulang.

Bukan itu sahaja, mereka turut menemui banyak pokok tumb4ng yang mengh4lang laluan mereka. Masa datang tadi tak ada pun. Mereka kemudiannya mengambil keputusan menelusuri aliran sungai kerana dah tak ada laluan lain.

Mereka hanya mampu berdoa semoga Allah SWT membawa mereka ke jalan pulang. Akhirnya mereka selamat jumpa terowong iaitu jalan masuk ke Sungai Pisang.

Menurut Zaidi, apa yang boleh dipelajarinya daripada pengalaman ini, mereka perlu mempunyai ment4l yang kuat dan tidak meny4lahkan sesama sendiri.

Apa-apa pun sebelum pergi ke mana-mana kawasan, penting untuk anda kaji trek terlebih dahulu supaya tidak tersesat.

Kredit: TikTok Zaidi Aziz | Youtube Zaidi Aziz

Sumber: OhMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *