‘RM 150’ Pelakon Veteran Jalil Hamid Hairan Kenapa Gaji Pelakon Tua Rendah Berbanding Pelakon Muda?

Jalil Hamid, pelakon veteran meluahkan rasa isu bayaran rendah kepada pelakon senior adalah perkara yang tidak adil dan berlaku dalam industri seni lakonan tanah air kini.

“Kenapa gaji pelakon tua lagi rendah daripada gaji pelakon muda? Agaknya kerana dia popular atau banyak pengikut?”

Dia juga pernah berkecil hati dengan beberapa produksi yang meletakkan harga terlalu rendah ketika menawarkannya untuk berlakon.

“Saya pernah ditawarkan dengan bayaran RM 150 untuk satu episod.”

“Saya dah tua, diberikan bakat oleh Allah juga. Orang tua pun perlu makan minum juga.”

“Saya ke set penggambaran pada hari pertama, namun saya tak dapat teruskan kerana saya rasa ini adalah satu penghinaan kepada saya.”

Menurutnya, dia pernah mengeluarkan kenyataan sebegini sebelum ini namun rata-rata masyarakat menganggap ia adalah untuk populariti semata-mata.

Sebelum ini, sikap berani ‘bersuaranya’ tentang isu bayaran ini telah mengakibatkannya menganggur selama 7 bulan akibat tidak menerima tawaran berlakon.

Sumber: HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *