“Para suami jgn k3ntut depan isteri..” -Ustaz Abdul Somad

JAKARTA – Penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) memberi nasihat kepada golongan suami agar tidak kentut di hadapan isteri demi menjaga hati mereka, lapor Suara.com, semalam.

Menurut UAS, perbuatan kentut di hadapan isteri tidak diklasifikasikan sebagai haram namun tidak begitu sopan.

Ustaz Abdul Somad. – AyoSemarang. Foto – KOSMO

“Rasulullah S.A.W tidak pernah melakukan hal-hal yang menjengkelkan Aisyah seperti memakan sejenis makanan iaitu maghafir yang mempunyai bau busuk kerana isteri baginda tidak menyenanginya.

“Jadi, baginda bersabda tidak akan lagi memakan maghafir dan mengharamkan maghafir untuk dirinya sendiri,” ulas UAS.

Tambah UAS, para suami perlu sentiasa melakukan perkara yang menyenangkan hati isteri sebagai salah satu rukun rumah tangga bahagia.

“Rasulullah sentiasa memanggil Aisyah dengan nama panggilan mesra. Kalau kita tidak mampu begitu, jangan sampa kentut di depan isteri,” katanya lagi. – Agensi

Sumber: KOSMO, Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *