“Paji buat utk kebahagiaan ibu..” – Fazley Yaakob Cari Jodoh Buat Ibu, Ini Syaratnya…

Demi kebahagiaan ibu tercinta, cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mencari bakal suami untuk dinikahkan dengan ibunya. Pencarian itu dibuat Fazley menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Dalam hantaran itu, Fazley turut menyenaraikan ciri-ciri bakal suami yang sesuai buat ibunya. Syarat yang paling penting adalah lelaki tersebut bukanlah suami orang. Lingkungan umur pula adalah di antara 60 hingga 70 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)


Dia turut mencari bakal bapa tiri yang mempunyai sifat sabar dan penyayang. Menurut cef selebriti ini, adalah lebih baik jika bakal suami ibu suka makan kerana ibunya gemar memasak.

Selain itu, Fazley inginkan seseorang yang jujur dalam mencari kebahagiaan di dunia dan akhir4t. Apa yang dibuatnya ini adalah demi kebahagiaan ibunya.

Fazley yang juga merupakan abang ipar kepada Mawar Rashid percaya, soal jodoh dan pertemuan adalah rahsia Allah SWT. Sebagai seorang hamba, dia hanya berusaha dan berdoa. Jika ada yang sudi menjadi teman hidup dan memenuhi kriteria yang disenaraikan, Fazley minta menghubunginya di Direct Message (DM).

Difahamkan, bapanya iaitu Datuk Yaakob Mohammad meningg4l duni4 pada 2016 di Hospital Pakar KPJ Damansara akibat komplik4si p4ru-p4ru.

Kredit: Instagram Dato’ Fazley Yaakob

Sumber: OhMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *