Nelayan Temui Remaja 13 Thun Disebuah Pulau. Bila Ditanya, Ini Rupanya Yg Terjadi Pd Remaja Itu.

Seorang remaja berusia 13 tahun ditemui oleh nelayan tempatan di sebuah pulau terpencil, sekitar 1 kilometer dari pantai berdekatan. Oleh itu, nelayan tersebut menghubungi pihak polis di Kota Weihai, Provinsi Shandong China.

Gadis itu mendakwa ibu bapanya telah memaksa dan membawanya ke pulau berkenaan dan dia juga turut merayu kepada ibu bapanya untuk membawanya pulang semula ke pantai.

Ketika polis tiba di pulau itu, mereka menemui gadis itu dan kedua ibu bapanya dan mendapati kehadiran keluarga itu adalah bersifat aneh kerana ia bertujuan untuk mendidik gadis itu tentang kesus4han dan kesuk4ran.

Ibu bapa remaja itu berkata bahawa anaknya itu enggan mematuhi arahan, suka mel4wan, mudah m4rah dan tidak mahu ke sekolah. Mereka merasakan anaknya itu mensia-siakan kehidupannya dan cuba menasihatinya namun usahanya itu g4gal.

Pada awalnya, ibu bapa gadis tersebut enggan meninggalkan pulau itu dan bertekad untuk meneruskan ‘re-education program’ dan mend4kwa telah menyediakan barang keperluan untuk ‘survive’.

Namun akhirnya, pihak polis berjaya memujuk keluarga tersebut untuk meninggalkan pulau itu dan kembali ke rumah mereka.

Sumber: bm.cari, Odditycentral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *