Lepas ‘ABCDEFG HIJKL ZUZU’, Tul4r Pula Nama ‘Always Innovation’. “Mungkin ibubapanya pencinta bahasa..”

Seorang pengguna TikTok baru-baru ini menjadi tul4r di media sosial kerana mendedahkan dirinya memiliki  nama yang begitu unik, lapor laman Suara.com.

Menurut pengguna dengan nama samaran @Superjoyul itu, dia memaklumkan bahawa nama sebenarnya adalah ‘Always’.

Namun, net1zen yang membaca kenyataan tersebut tidak mempercayainya dan meminta dia menyertakan bukti yang berupa sijil kelahirannya.

Wanita itu kemudian memuat naik foto sijil kelahirannya yang memaparkan nama penuhnya adalah ‘Always Innovation’.

Sijil kelahiran seorang wanita yang menunjukkan namanya sebagai ‘Always Innovation’. – TikTok. Foto – Kosmo

Net1zen yang membaca hantaran tersebut kemudian meninggalkan pelbagai reaksi dan pendapat menerusi ruang komen.

“Mungkin kedua ibu dan bapanya pencinta bahasa Inggeris,” kata seorang netizen.

“Nama anda sangat unik,” kata seorang netizen lain.

Video tersebut telah ditonton lebih 1.2 juta kali dengan lebih 191,000 tanda suka. AGENSI

Sumber: Kosmo, Tiktok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *