“Nak men4ngis seminggulah..” P4tah Hati Dgn Remy Ishak, Giliran Zul Ariffin Pula Jd Sasaran Pminat.

PETALING JAYA – Gara-gara Hero Pujaan Malaya, Remy Ishak selamat bergelar suami orang, ramai dalam kalangan peminat yang menaruh hati padanya meninggalkan komen berbaur kec3wa dalam laman sosial.

Menerusi pemerhatian yang dibuat dalam Instagram, rata-rata peminatnya dalam kalangan wanita telah meletakkan emoji dengan simbol ‘hati ret4k’ sebagai simbolik menunjukkan tanda kec3wa atas pernikahan antara Remy dengan pasangannya, Ezza Yusof semalam.

“21 Ogos hari pat4h hati,” kata seorang pengguna Instagram.

Sementara itu, nama Remy turut menjadi sohor kini dalam Twitter sejak pagi semalam apabila majlis pernikahannya menjadi bualan netizen dengan ramai meluahkan rasa kec3wa selepas pelakon itu menjadi milik orang.

Tangkap layar nama Remy Ishak sohor kini di laman Twitter semalam.

“Saya gembira dengan Remy, tetapi penantian selama 12 tahun ini hanya melihat dia bersama dengan orang lain dan bukannya saya. Nak men4ngis seminggulah,” ciap seorang peminatnya.

“Nampaknya kena p4dam gambar Remy dalam telefon. Tak baik simpan foto suami orang. S3dih,” tulis seorang lagi peminat.

REMY kini milik Ezza. Mereka bernikah di Masjid Negara sebentar tadi.

Lebih lucu, gara-gara kec3wa apabila pelakon pujaan mendirikan rumah tangga, terdapat peminat wanita memasang niat untuk menanti aktor kacak Zul Ariffin pula selain mencari Remy ‘Ishak’ yang lain.

“Remy Ishak sudah kahwin, tunggu Zul Ariffin sajalah,” ciap seorang wanita.

“Adik, kakak jangan s3dih Remy dan kahwin. Ada lagi Remy lain. Remy Subuh, Remy Zuhur, Remy Asar dan Remy Maghrib. Okey?” seloroh seorang netizen.

Terdahulu, pelakon filem Pulang itu telah selamat disatukan dengan pasangannya yang juga seorang usahawan, Roszaliza Yusof atau Ezza, 38, dalam satu majlis serba ringkas di Masjid Negara.

Sumber: Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *