Nak Kejar Ilmu, Najwa Latif Sambung PhD

Mesti ramai yang masih ingat dengan penyanyi, Najwa Latif yang pernah popular dengan lagu Cint4 Muka Buku suatu ketika dahulu. Penyanyi ini senyap seketika daripada dunia hiburan apabila mengambil keputusan bergelar seorang pendidik sepenuh masa.

Terkini, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa binti Abdul Latif dilaporkan menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif)

Menurut penyanyi berusia 26 tahun ini, tujuannya sambung belajar adalah untuk mengejar ilmu selain memajukan diri sebagai pendidik.

Saya percaya semakin kita belajar, semakin kita sedar betapa sed1kitnya ilmu yang kita tahu. Ilmu itu sangat luas dan takkan pernah ada penghujung.

Najwa berkata lagi, dia akan terus belajar dan belajar walaupun pengajian PhD sudah habis. Najwa yang merupakan pensyarah bahasa Inggeris di UNITAR International University turut mengaku teruja dengan perjalanan barunya ini.

Jelas penyanyi ini, tempoh pengajian mengambil masa tiga ke enam tahun. Ini bermakna jauh lagi perjalanannya untuk mendapatkan gelaran doktor, namun dia menganggap gelaran itu satu pencapaian luar biasa untuk dirinya yang pernah tidak minat akademik.

Untuk rekod, pada 2019, Najwa telah menamatkan pengajian sarjana dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM).

Kredit: Harian Metro

Sumber: Oh Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *