‘Nak Berhijrah Atau Nak Mel4wa? Ini Jawapan Selamber Izara Aishah.

PETALING JAYA – Pelakon Izara Aishah yang baru sahaja melakukan hijrah apabila kini sudah bertudung labuh memaklumkan, dia akan tetap melawa walaupun sudah menutvp aur4t dengan sempurna.

Menerusi Twitter, Izara atau nama lengkapnya, Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 29, menasihatkan orang ramai dalam satu ciapan bersahaja agar jangan terlalu s3rius dengan apa yang dikongsikan.

“Nak berhijrah atau nak mel4wa? Nak dua-dua (ketawa). Jangan s3rius sangat,” ciapnya.

Ujar pelakon filem Pilot Cafe itu lagi, menjaga penampilan merupakan perkara sunnah dan sebahagian daripada dakwah. Allah SWT juga tidak melarang perihal itu.

Izara Aishah. Foto – K! ONLINE

“Kalau merakamkan gambar membuatkan anda gembira, lakukannya. Allah sukakan keindahan. Menjaga penampilan merupakan satu sunnah dan juga sebahagian daripada dakwah.

“Bau wangi itu sunnah. Kalau sukakan penampilan anda, itu tanda syukur kepada Allah, selagi tiada sifat ri4k. Sebab apabila pakai baju m4hal, ada manusia yang jadi ‘ekshen’ (ri4k),” kata Izara membalas satu ciapan daripada netizen.

Semalam, Izara Aishah menjelaskan, dia tidak mempunyai niat untuk melancarkan jenama tudungnya sendiri meskipun sudah berhijab sepenuhnya.

Coretnya menerusi Twitter, dia memilih untuk membeli tudung yang hendak digayakannya berbanding mengeluarkan produknya sendiri.

“Jual tudung bukan sesuatu yang saya nak buat. Maaf, saya lebih suka membeli.

“Saya selalu teringin nak lancarkan jenama baju sendiri tetapi buat masa sekarang m4las. Sangat sibuk menjaga nyawa kecil saya (anak) dan sudah cukup gembira dengan bisnes lain,” ciapnya.

Terdahulu, pada 14 Ogos lalu, Izara meng3jutkan peminatnya selepas mem4dam semua fotonya yang tidak bertvdung dalam Instagram.

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *