Menyimpan Hasrat Buka Cafe, Amir Raja Lawak Tetap Syukur Bisnes Air Jagung Laku Walau Hanya Di Tepi Jalan.

Kini mengusahakan perniagaan Air Jagung Amerreka di tepi jalan, pelawak Amir Raja Lawak gembira dan bersyukur bisnesnya itu dapat membantu orang lain mencari pendapatan tambahan.

Menurut Amir, dia tidak menjangkakan perniagaan air jagung itu dapat memberi manfaat kepada orang lain juga yang turut terjejas pendapatan susulan pandemik.

“Sekarang pun ada kawan saya yang sebelum ini bekerja sebagai pekerja industri membantu saya berniaga. Alhamdulillah, dapat juga saya kongsi rezeki dan tolong ringankan beb4n keluarga kawan saya di dalam keadaannya tak boleh ‘shooting’ ketika ini.

“Walaupun risau juga terdedah dengan persekitaran kerana kes j4ngkitan Cov1d-19 yang masih lagi tinggi, tapi saya ikut SOP ditetapkan. Jika ada pelanggan nak bergambar, saya minta jarakkan diri, bersalaman pun tak boleh,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Amir menyimpan impian untuk membuka kafe namun dia perlu memikikan banyak perkara apatah lagi dalam situasi sekarang banyak peniaga terpaksa tutup kedai.

“Saya pun ada hasrat nak buka kafe macam kawan-kawan lain, memang teringin. Tapi, saya kena fikir banyak sudut sebab nak kena beringat untuk bayar sewa kedai dan gaji pekerja.

“Malah, melihatkan situasi p4ndemik yang masih t3ruk sekarang ini tak tahulah bila akan reda. Saya ris4u dengan keadaan yang tidak menentu ketika ini apabila tengok ada peniaga-peniaga kena tutup kedai sebab tak mampu nak tanggung lagi,” katanya.

Amir turut meluahkan rasa syukur bisnesnya itu sudah mempunyai agen dan stokis di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu, Pahang dan Kedah.

Sumber: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *