Meng4ku Beri Reaksi Keterl4luan Isu Video Vir4l, Imam Besar Masjid Putra Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka

Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam berhubung video penjelasannya mengenai isu layanan dua d4rjat bagi solat Jumaat di Masjid Putra, baru-baru ini.

Ikmal berkongsi rakaman maaf secara terbuka itu menerusi laman Facebook Masjid Putra Putrajaya, kira-kira pukul 10.25 malam tadi.

Foto – FB Masjid Putra

Menurutnya, beliau memohon maaf berhubung penjelasannya yang dilihat agak keterl4luan berhubung video tul4r itu.

“Dengan rendah hati, saya ingin memohon maaf atas segala keterl4njuran tersebut dan berazam serta berjanji akan membaiki keadaan terutama berkaitan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Putra.

“Saya juga mengajak semua khasnya jemaah Masjid Putra untuk teruskan aktiviti pengimarahan sama ada solat Jumaat atau solat fardu dan program yang akan dianjurkan kelak,” katanya.

Sebelum ini, Ikmal memuat naik video bagi memberi penjelasan sebenar berhubung isu tul4r itu malah, beliau tidak reda dengan penyeb4ran video berkenaan.

Menerusi rakaman video itu, Ikmal turut menjelaskan situasi sebenar yang berlaku pada hari berkenaan. Malah, beliau turut menggesa individu yang menul4rkan video itu tampil memohon maaf kepada pihak penguruasan masjid.

Sebelum itu, pihak pengurusan Masjid Putra menerusi kenyataan akhbar memohon maaf kepada semua pihak sekiranya wujud kek3liruan susulan penyeb4ran video tular itu.

Sumber:  K! ONLINE, Youtube, FB Masjid Putra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *