“Maryam bkn org Melayu..” Isteri Dikec4m Sbb Berp4ntang Tak Ikut Adat Melayu, Ryzal Ibrahim Tampil Sekolahkan Netizan.

Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim meminta orang ramai supaya menjaga tutur kata dan tidak mem4ksa isterinya, Maryam untuk mengikut kaedah berp4ntang dengan cara kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Ryzal atau nama lengkapnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim berkata, isterinya yang juga seorang wanita warga Korea hanya menukar agamanya kepada Islam dan bukan menukar kaum (menjadi Melayu).

“Assalamualaikum. Maryam atau nama sebenarnya You Narae, iaitu seorang wanita warga Korea. Isteri saya bukan Melayu, bukan Cina dan bukan India. Budaya negara lain tidak diwajibkan untuk dia ikuti (amalkan).

“Isteri saya peluk Islam atau erti kata lain tukar agama dan bukannya tukar budaya. Jadi, janganlah p4ksa orang menerima budaya bukan miliknya,” tulis Ryzal.

Kata lelaki kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu lagi, walaupun berbeza budaya, isterinya masih menjalani sesi berp4ntang selepas bers4lin mengikut kaedah tradisional dan dip4ntau dengan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berp4ntang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)


“Maryam berp4ntang cara tradisional dengan bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang.

“Semua itu sudah memadai bagi saya kerana dia sanggup ikut walaupun bukan budayanya,” kata Ryzal.

Sehubungan itu, Ryzal mel4hirkan rasa hairan sama ada budaya berp4ntang yang diamalkan dalam masyarakat Melayu itu perlu diamalkan juga oleh kaum lain yang beragama Islam walaupun berbeza budaya.

“Kalau budaya p4ntang Melayu itu wajib untuk semua kaum, adakah orang Islam di Korea, Jepun dan Eropah kena ikut juga?

“Maryam masuk Islam, bukan masuk kaum (jadi Melayu). Budaya dan warisan keluarga di Korea masih miliknya walaupun dia seorang Muslimah atau saudara baharu (mualaf),” jelasnya.

RYZAL minta net1zen tidak terlalu memberi tekanan kepada Maryam untuk mengikuti segala p4ntang l4rang cara Melayu selepas mel4hirkan anak sulung mereka minggu lalu. Foto – K! ONLINE

Sehubungan itu, Ryzal meminta orang ramai supaya tidak memberi tek4nan kepasa isterinya memandangkan wanita itu perlukan rehat selepas mel4hirkan cahaya mata sulung mereka.

“Jadi saya minta hajah, mak cik, kakak semua di sini (pengikutnya) supaya berikan ruang kepada Maryam dan hormat budaya miliknya.

“Terima kasih dan selamat malam,” kata Ryzal.

Menjengah dalam ruangan komen, teguran Ryzal yang menggelarkan dirinya bersama isteri sebagai Durian Kimchi itu turut mendapat sokongan oleh pengikutnya dalam Instagram.

Rata-rata bersetuju bahawa amalan berpantang selepas bers4lin itu adalah mengikut amalan oleh sesuatu budaya yang berbeza.

“Betul. Cara orang tak sama. Tak perlu nak p4ksa orang ikut cara kita. Raikan perbezaan,” kata seorang pengikutnya.

“Betul tu Ryzal. Asalkan isteri tidak berp4ntang sehingga mel4nggar hukum Islam, itu sudah memadai,” kata seorang lagi pengikutnya.

Terdahulu Maryam selamat melahirkan cahaya mata sulung perempuan yang diberi nama Rina pada 21 Oktober lalu. Pasangan itu berkahwin pada 15 Ogos 2019 selepas setahun mengenali hati budi masing-masing di Korea Selatan.

Sumber: K! ONLINE, IG Ryzal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *