“Manusia kelihatan solat di masjid tetapi tid4k beriman..”

KEC0H di media sosial ming­gu ini apabila tul4rnya satu klip video berkaitan seorang kenamaan (VIP) yang dibenarkan memasuki Masjid Putra di Putrajaya walaupun did4kwa datang lew4t ketika ingin me­nunaikan solat Jumaat.

Dengan tul4rnya klip video tersebut, ramai yang tidak berpuas hati dengan pengurusan masjid tersebut yang dilihat seakan mementingkan golongan VIP berbanding dengan orang biasa yang menunggu di luar pagar dan tidak dibenarkan masuk.

Video itu turut mencetuskan kem4rahan orang ramai yang mend4kwa pihak masjid berkenaan memberikan ‘la­yanan dua darjat’.

Apa yang menjadikan isu ini lebih kecoh apabila Imam Besar Masjid Putra, Ikmal Zaidi Hashim menjawab segala tohmahan yang dilemparkan terhadap pengurusan masjid terbabit melalui satu video dan menyabitkan perkara tersebut kerana tindakan pe­rakam.

Katanya, pihak pengurusan telah menetapkan golongan VIP mempunyai kouta 10 peratus dan perkara itu sebenarnya telah digazetkan sebelum ini.

“Masjid Putra adalah ‘masjid kerajaan’ dan kita nak beri peluang kepada VIP yang sibuk dengan tugas mereka untuk menyertai sembahyang Jumaat,” kata Ikmal Zaidi.

Walaupun telah memohon maaf melalui satu video yang dimuat naik di laman Facebook Masjid Putra malam kelmarin, namun isu ini tetap menjadi bualan hangat masyarakat dan ramai menyifatkan syarat tersebut tidak perlu dibuat langsung.

Melihat kepada isu ini, sebenarnya imam tersebut tidak bersalah. Tetapi cara tetapan mengenai jumlah 10 peratus golongan VIP untuk masuk ke masjid tersebut tidak perlu ada sebenarnya.

Dalam masa sama, dua foto berbeza dikongsi oleh rata-rata pengguna media sosial telah bertebaran, salah satunya adalah foto Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menunaikan solat di luar pintu masjid.

Sementara satu lagi adalah gambar didakwa bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohammad Hassan yang menunaikan solat Jumaat di luar pagar masjid kerana lambat tiba untuk menunaikan solat tersebut.

Foto – OhMyMedia

Dilihat kepada isu ini, golongan VIP sebenarnya tidak perlu diperlakukan begitu, jika kehadiran golongan ini ke masjid adalah kerana dasar kerja, mungkin boleh diberi keutamaan.

Namun, sekiranya datang kerana peribadi atau ibadah untuk diri sendiri, pangkat itu perlu dibuang sejauh mungkin.

Bekas mufti perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya berkata, tiada istilah VIP dalam agama Islam di rumah Allah dan menyifatkan perkara itu amat tidak wajar dilakukan oleh mana-mana masjid. Katanya lagi, mana-mana jemaah yang mahu solat di luar masjid, perkara itu haruslah dibenarkan.

“Masjid sepatutnya membuat tindakan siapa yang da­tang dahulu boleh masuk atau sediakan kad kouta masjid untuk jemaah. Jika kad itu habis maka tutuplah pintu masjid.

“Nasihatkan mereka supaya mematuhi SOP penjarakan sosial. Amat tidak islamik sekiranya menghalau orang daripada solat walaupun di luar pintu masjid. Masjid itu rumah Allah, milik semua umat Islam. Perkara ini jelas dilarang al-Quran dan hadis Nabi,” katanya.

Dalam hal ini jika kita memetik satu hadis riwayat al-Hakim, Rasulullah pernah berpesan bahawa akan datang satu masa nanti, manusia kelihatan solat di masjid tetapi mereka sebenarnya tidak beriman.

Secara dasarnya hadis ini mengingatkan kita bahawa mereka yang datang ke masjid seharusnya memberikan fokus kepada urusan keimanan dan meninggalkan dunia. Jangan ada yang ke masjid, tetapi hati masih terpaut pada dunia.

Sumber: Kosmo, Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *