“Mak Long.. Ajiq datang ni..” (Video) Gelagat Adk Ini ‘Berbual’ Dgn Pus4ra Ibu Saudara Buat Rmai Seb4k.

Sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak menziarahi pus4ra ibu saudaranya mengundang seb4k orang ramai.

Menerusi video berdurasi 22 saat yang dikongsi di laman Facebook Kepala Berputar itu, kanak-kanak berkenaan dilihat duduk di sebelah pus4ra ibu saudaranya yang dipanggil Mak Long sambil bercerita perkembangan terkini mengenai dirinya.

Video Tersebut:

“Mak Long.. Ajiq datang ni, Ajiq dah besar dah. Dah nak masuk darjah satu, Ajiq ‘handsome’ tau,” kata kanak-kanak itu.

Apa yang meny3ntuh hati orang ramai ialah apabila kanak-kanak terbabit bertanya kepada perakam video tersebut adakah ibu saudaranya itu akan bertemu dengannya atau mendengari apa yang dikatakan oleh kanak-kanak itu.

“Tak keluar ke? Kenapa Ajiq tak dengar?,” soal kanak-kanak itu.

Rakaman tersebut menjadi tular di media sosial dengan rata-rata pengguna seb4k melihat kanak-kanak berkenaan yang jelas merindui ibu saudaranya.

“Allahuakhbar kasihannya dia. Semoga Ajiq membesar jadi anak yang baik dan Soleh. Sentiasa doakan buat arw4h Mak Long ya,” kata Sal.

“Sed1hnya, mesti Mak Long seorang yang sangat baik. Salam takziah kepada keluarga arw4h,” kata Foo.

“Kasihan dengan adik ini, mungkin rindu sangat dengan arw4h Mak Longnya. Al Fatihah buat arw4h, semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” kata Azmi.

Setakat ini, video tersebut telah ditonton lebih 13,000 kali dan mendapat 200 tanda suka.

Sumber: K! ONLINE, Facebook Kepala Berputar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *