Lepas 28 Tahun, Permintaan Jaafar Onn Agar Drama ‘Cili Padi’ Ditayangkan Semula Buat Rmai Stuju.

Ingat lagi tak dengan siri Cili Padi lakonan Jaafar Onn? Mereka yang lahir pada tahun 80-an dan 90-an mesti sempat tengok cerita ni yang turut dibarisi pelakon Melissa Saila, Anne Ngasri, Tam Suhaimi dan Nik Fariz Nik Fadzil.

Sudah 28 tahun siri Cili Padi ini disiarkan di TV3 pada tahun 1993, jadi tentu ramai yang rindu nak tonton semula siri ini. Pelakon utama, Jaafar Onn baru-baru ini turut meluahkan perkara sama. Dia berharap agar drama lama lakonannya itu disiarkan semula untuk tontonan generasi sekarang.

Jaafar meluahkan perkara itu di Facebook miliknya dan merasakan ianya pasti mendapat sambutan kerana masih ada permintaan.

Memandangkan banyak permintaan dan siaran TV3 pun banyak ulang tayang drama lama, apa kata tayang semula drama Cili Padi. Ramai suka. Dari dulu sampai sekarang, drama Cili Padi memang popular.

Kekalkan watak cikgu Jaafar sebagai cikgu bersara dalam Cili Padi 2

Jaafar dilihat semakin aktif di aplikasi TikTok dan ternyata ramai yang rindu nak lihat watak cikgu Jaafar. Ada juga yang memberi cadangan untuk hasilkan Cili Padi 2 untuk melihat kehidupan cikgu Jaafar yang telah bersara bersama anak-anak murid yang sudah dewasa.

Sejak saya aktif di TikTok dan buat secara langsung di media sosial, ramai yang memberi respon dan mencadangkan agar Cili Padi ditayangkan semula, atau dibuat semula.

Saya kata, kesemua pelakon kanak-kanak pada zaman itu kini sudah dewasa dan berkeluarga. Jadi, peminat-peminat ini menyarankan agar kekalkan watak Cikgu Jaafar sebagai cikgu bersara atau penyelia kolej. Dari situ, dapat dilihat bagaimana hubungan antara Cikgu Jaafar dengan pelajar-pelajarnya walaupun mereka sudah berkeluarga.

Menarik juga kalau ada sambungan Cili Padi kan? Kalau betul ia dapat dihasilkan, pasti ramai yang tak sabar nantikan penampilan semula semua pelakon.

Kredit: Harian Metro

Sumber: OhMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *