Lelaki bersuara Diva AA, memang sama!-“aku ingat dia lips sync mula2”

Sebuah video yang dimuat naik oleh seorang lelaki tular apabila suara dan gaya percakapannya telah berjaya mencuri perhatian ramai pihak yang mana ajukannya bersuarakan Diva AA.

Siapa sahaja yang tidak mengenali Azwan Ali atau lebih terkenal dengan panggilan Diva AA, seorang yang lantang bersuara melalui video-video yang dimuat naik di akaun media sosialnya. Tambahan pula, Azwan Ali merupakan seorang pengacara yang popular dalam kalangan masyarakat sehingga kini.

Terdapat ayat-ayat yang sinonim dengan Diva AA yang dirakamkan individu tersebut seperti “kau sekolah tak?” yang mana disapa oleh seorang pemuda dengan membalas “tak sekolah cuti”. Ramai warganet terhibur dengan telatah mereka dengan meninggalkan pelbagai komen di ruangan komen video tersebut.

Berikut rakaman yang dimuat naik melalui akaun tiktok tersebut:

Lelaki bersuara Diva AA! Kalau pejam mata, belum tentu dapat meneka siapakah pemilik asal suara. Manakan tidak, suara Diva AA dikenali ramai dan semestinya mereka akan meneka Diva AA sebagai pemilik suara. Perkongsian ini telah berjaya meraih 10 juta tontonan dan mendapat 46 ribu likes .

Berikut antara komen-komen yang ditinggalkan warganet:

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *